Pemasaran menggunakan kuasa influencer atau KOL di media social semakin mendapat sambutan dari pemilik jenama di Malaysia.

Namun begitu, ianya masih lagi bersifat sama dan potensinya belum digunapakai secara menyeluruh oleh kebanyakan jenama terutamanya di kalangan bisnes SME.

Mereke berpendapat pemasaran menggunakan influencer atau KOL hanya terhad untuk influencer tersebut menyebut jenama atau backlink dan lebih merugikan lagi adalah apabila ianya dijalankan secara one off per post untuk menjual secara langsung.

Ini adalah post khusus untuk memberi idea kepada anda bagaimana untuk melakukan pemasaran menggunakan influencer

KESEDARAN JENAMA (BRAND AWARENESS)

1) Menawan platform

Strategi ini jarang dilakukan oleh pemilik jenama terutama pemilik bisnes SME kerana ianya memerlukan perancangan teliti dan kadangkala memerlukan ramai influencer atau KOL untuk menghasilkan impak pemasaran gerilla.

Akan tetapi, jika ianya dirancang dengan teliti. Ia mampu menawan platform media social dalam jangka masa pendek dan mampu menghasilkan kesan pasca kempen yang bagus untuk jenama anda

Jika anda seorang pemilik jenama yang baru ingin mencuba strategi ini, cuba libatkan beberapa jenis influencer nano, mikro, makro dan selebriti dengan jumlah keseluruhan mereka dalam jumlah besar berbanding memilih beberapa influencer makro atau seorang selebriti sahaja.

Kerana setiap influencer mempunyai niche audiens mereka tersendiri dan objektif kempen ini adalah mencapai seramai mungkin audiens di media social.

2) Salam pengenalan

Strategi ini juga perlu dilakukan dengan teliti dengan membina terowong pemasaran yang betul. Ia biasanya dilakukan untuk memperkenalkan jenama baru, produk baru ataupun tawaran baru dari sesuatu jenama.

Ia mestilah dirangka bermula dengan konten yang umum dalam topik yang sama, seterusnya kepada topik yang lebih menjurus dan akhirnya ke arah cadangan menggunakan produk atau servis jenama kita

Dengan kuasa yang ada pada influencer, mesej ini akan dapat disampaikan kepada pasaran sasaran dengan berkesan sehingga mereka tidak merasa yang mereka dipaksa untuk membeli produk atau servis kita.

3) Cabaran kreatif

Salah satu strategi yang menjadi kegemaran kami adalah cabaran kreatif.

Dengan menggunakan kuasa pengaruh dari influencer untuk mempengaruhi audiens untuk menyertai cabaran kreatif yang melibatkan elemen jenama kita

Sebagai contoh, cabaran menghasilkan video kreatif atau menghasilkan selfie paling menarik melibatkan elemen jenama kita

Dan ia tidak semestinya secara langsung melibatkan peletakan produk atau servis kita dalam konten peserta.

4) Penceritaan beremosi

Influencer adalah individu yang berada dekat dengan sentiment audiens kebanyakan di media social. Disebabkan nilai ini, biasanya cerita tentang diri mereka akan mendapat perhatian pengikut mereka di media social.

Pemilihan influencer yang tepat untuk menceritakan pengalaman mereka dengan jenama atau penyelesaian yang jenama kita tawarkan akan secara tak langsung menyebabkan jenama kita dikenali oleh pasaran sasaran.

Kempen susulan boleh dilakukan untuk mengikat perhatian pasaran sasaran terhadap jenama kita. Kempen ini memang sedikit sukar dijalankan kerana ianya perlu mempunyai elemen keikhlasan dari perkongsian influencer yang dipilih, tapi jika ianya berjaya dilaksanakan. Hasilnya pasti wow! Ingat, jenama yang bagus adalah jenama yang dimanusiakan dengan telus.

PEMBINAAN JENAMA (BRAND BUILDING)

1) Peletakan Produk/Jenama

Strategi ini adalah strategi yang sering digunapakai jenama jenama di Malaysia.

Ia merupakan antara strategi yang dikatakan paling mudah dilaksanakan Bersama influencer. Hanya perlu menghasilkan konten bersahaja dengan meletakkan produk atau servis kita sebagai salah satu subjek cadangan di dalam konten tersebut

2) Tutorial

Ini juga adalah strategi yang gemar dilakukan jenama jenama tempatan terutamanya produk kecantikan dan kosmetik.

Sesetengah influencer memang mempunyai audiens konten berbentuk tutorial yang luar biasa hebat. Ini adalah jenis influencer yang sesuai untuk jenama kita bekerjasama untuk menghasilkan pemasaran influencer jenis ini.

3) Tips & Petua

Salah satu sebab influencer ini diikuti oleh pengikut mereka adalah kerana aspirasi pengikut yang menyukai dan mahu menjadi seperti influencer ikutan mereka

Titik lembut ini adalah peluang untuk jenama kita menggunakan influencer untuk memberikan tips tips bermanfaat dan menjadikan jenama kita salah satu dari subjek cadangan.

PERTIMBANGAN PRODUK

1) Review dan Panduan

Review produk adalah strategi pemasaran influencer yang mudah untuk dilakukan. Biasanya praktis di Malaysia, kita hanya perlu memberi produk kepada influencer untuk mereka menghasilkan review produk di platform mereka.

Adalah digalakkan untuk meminta influencer menghasilkan kepelbagaian format review di dalam bentuk gambar, video, dan sebagainya.

Dalam peringkat pertimbangan produk ini, pengikut kepada influencer yang mempunyai nilai kepercayaan yang tinggi akan sentiasa diikuti nasihatnya dan mempengaruhi pembelian.

2) Hasil kajian

Di dalam peringkat pertimbangan produk dalam kembara pembelian pelanggan, adalah sangat penting untuk kita bersikap yakin dengan kemampuan produk atau servis kita dapat menyelesaikan masalah pasaran sasaran.

Keyakinan itu mesti ditonjolkan dengan kertas kajian, peratusan, laporan atau persijilan yang membuktikan segala USP dan claim kita pada produk atau servis.

Kempen jenis ini akan dapat menarik pelanggan sofistikated untuk berurusan dengan jenama kita.

3) Promosi

Peringkat pertimbangan produk yang terakhir adalah tawaran menarik, kempen promosi juga boleh menggunakan pemasaran influencer sebagai medium penyampaian mesej promosi kepada pasaran sasaran.

Walaupun begitu, perlu diingat yang kempen berbentuk promosi tidak boleh dijalankan terlalu lama kerana ianya akan membunuh momentum kempen.

NAK GUNA INFLUENCER UNTUK PEMASARAN ANDA SETERUSNYA?

Di Bigads, kami percaya pemasaran influencer akan terus relevan di tahun 2020. Dengan perancangan yang betul dan terarah, ia dapat menghasilkan kesan pemasaran yang sangat efektif dan luar biasa. Hubungi kami untuk sesi konsultasi isitimewa untuk pembaca post ini.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp