Bila usahawan memulakan bisnes, salah satu faktor penting perlu dititikberat adalah Strategi Penjenamaan (Branding Strategy)

Kenapa?

Kerana ia mampu membuatkan jenama kita menjadi outstanding. Malah kalau betul caranya ia mampu menang persaingan di medan bisnes dengan jenama yang lebih dahulu visible di dalam pasaran.

 

Jenama (Brand) kita akan mampu mewakili bisnes kita supaya seksi di mata klien berpotensi, pelanggan sedia ada, rakaniaga, pengedar, pekerja dan bakal pekerja dan seterusnya pelabur berpotensi.

 

Kali ini, kami akan bantu anda merangka Strategi Penjenamaan dengan bertanyakan 15 soalan ini seperti yang diajarkan oleh Founder kepada The Branding Journal, Marion.

 

Jom kita!

1. Apa Fungsi Jenama Anda Dalam Pasaran?

Biasa dengar kan yang bisnes yang bagus adalah bisnes yang menyelesaikan masalah

Dalam merangka strategi jenama, kita mesti mampu menjawab soalan ini.

Apa masalah yang kita harap jenama kita mampu selesaikan di dalam pasaran?

Adakah memang betul pelanggan mahu masalah ini diselesaikan?

Cuba cari tujuan kewujudan jenama kita di tengah-tengah pasaran

Tujuan jenama (brand purpose) kita mesti bukan bersifat fungsi sahaja. Ramai dah ‘jual’ fungsi yang sama

Tujuan jenama kita mesti lebih besar dari itu

Ia mesti sangat bermakna untuk pelanggan dan mampu menyatukan sekumpulan manusia untuk mencintai jenama kita

Contoh :

Bisnes hamburger McDonald bukan sahaja menjual hamburger lagi

Ia menjual kegembiraan sekeluarga makan di restorannya

Ia meng’haram’kan kesedihan berada dalam premisnya. 

Semua tujuan jenamanya menghala ke arah membawa senyuman kegembiraan

Program kebajikannya menaja pembedahan kanak-kanak yang lahir dengan cleft lips, ia berkaitan dengan senyuman

Adakah anda sudah nampak apa yang kami maksudkan?

2. Apa Kekuatan dan Kelebihan Jenama Kita?

Apabila kita memulakan bisnes, kita mesti ada satu atau lebih kelebihan berbanding jenama yang sedia ada

Lakukan analisa tentang jenama kita

 

Mungkin jenama kita ada teknologi yang lebih canggih

Mungkin jenama kita ada pekerja yang lebih cekap

Mungkin produk jenama kita boleh didapati dari distribution channel yang lebih banyak

 

Segala kelebihan ini patut kita senaraikan dan pastikan ia menonjol di dalam pasaran

 

Jenama kita akan lebih mudah dikenali, diingati dan seterusnya digilai oleh klien berpotensi, pelanggan sedia ada, rakaniaga, pengedar, pekerja dan bakal pekerja dan seterusnya pelabur berpotensi.

 

Contoh :

Apabila kita tanyakan orang muda tentang tempat kerja ideal mereka

Sebahagian besar akan jawab “Pejabat Google

Mungkin Google bukan jenama terawal dalam industri ini

Mungkin juga Google bukan bermula sebagai jenama terbaik dalam industri ini

Tapi dengan menonjolkan jenama dalaman (Internal Branding) tentang budaya kerjaya di ibu pejabat Google, mereka mampu menarik antara bakat terbaik dunia untuk bekerja dengan Google

Anda masih boleh ikut topik ini bersama kami? Kalau ya, kita tengok soalan seterusnya

 

 

3. Siapa Bakal Pelanggan Ideal Yang Anda Mahu Capai Dengan Kelebihan dan Produk/Servis Anda?

Apabila kita mahu membina jenama, kita mestilah membayangkan siapa pelanggan paling ideal kita

Dengan praktis ini, kita akan dapat memahami behaviour pelanggan tersebut

Seterusnya kita mampu memberikan tawaran yang tepat pada kumpulan manusia yang tepat

Apabila soalan ini dapat dijawab dengan tepat, ia akan dapat membantu kita membawa arah jenama kita supaya tampil menarik untuk kumpulan ideal kita. Bukan semua orang.

Kita juga mesti mengambil tahu siapa pelanggan yang kita tak mahu jadikan mereka sebagai pelanggan ideal

Ini juga penting untuk merangka strategi penjenamaan

Contoh :

Pada tahun 2014, ketika Nescafe mahu membuat penjenamaan semula

Ia mahu kekal sebagai kopi segera di kalangan orang muda yang pada ketika itu lebih suka minum brew coffee di cafe

Segala elemen penjenamaan semula Nescafe dibuat dengan membayangkan yang Nescafe bukan minuman orang tua, ia minuman kopi untuk orang muda zaman akan datang. Strategi ini berjaya sehingga ke hari ni.

4. Industri Apa Jenama Anda Berada Sekarang?

Satu jenama mesti jelas dalam industri ia berada sekarang. Jenama kita menjadikan siapa sebagai sasaran kita?

Dan kemudian, di dalam industri apa lagi sasaran jenama kita berada?

 

Jenama kita boleh berada dalam lebih dari satu industri pada satu satu masa asalkan ianya masih memberikan tawaran pada kumpulan manusia ideal yang sama

 

Tetapi ia mestilah dibuat dengan berhati-hati supaya betul-betul masih mensasarkan kumpulan manusia ideal yang sama.

Contoh :

Jenama Vans boleh berada dalam industri papan luncur dan industri muzik dalam masa yang sama.

Kerana ia wujud dalam pasaran untuk golongan orang muda yang minat sukan papan luncur dan dalam masa yang sama mendengar muzik.

Lebih teliti lagi Vans memilih genre muzik yang disukai oleh orang muda yang sama ini

Vans hanya menaja dan menganjurkan acara muzik undergound

5. Adakah Anda Mempunyai Tawaran Yang Cukup Jelas?

 

Soalan ke-5 yang wajib dijawab adalah tentang tawaran jenama pada pasaran

 

Bisnes kita mestilah mempunyai tawaran yang jelas kepada pasaran atau lebih tepat lagi pelanggan ideal kita

Sedikit demi sedikit, tawaran ini akan bercambah atau berkembang menjadi lebih tepat selari dengan perkembangan jenama kita dan evolusi pasaran.

Contoh :

Sunsilk menawarkan rawatan rambut khas untuk mereka yang ada masalag kelemumur

Ini tawaran asal Sunsilk pada pasaran

Dengan behaviour dan data pelanggan Sunsilk, ia mengkhususkan tawaran kepada wanita berhijab apabila Sunsilk melancarkan siri syampu khusus untuk wanita berhijab

Tawaran Sunsilk adalah sangat jelas dan semakin jelas apabila pasarannya berkembang matang

6. Siapa Pesaing Anda Dalam Pasaran?

Kenalpasti pesaing kita dalam pasaran supaya kita tak bersaing

Hah? Pelik kan pernyataan ni?

 

Ironinya, memang kita mesti mengenali pesaing supaya kita tak perlu bersaing

Sebab kita mesti selalu ingat

“Competition is for losers”

Apabila kita mahu mengenalpasti pesaing, pastikan kita cari lebih dari sekadar kategori produk

 

Contoh :

Jika kita ialah jenama roti, pesaing kita bukan sahaja jenama roti lain tetapi juga adalah jenama bijirin, susu dan makanan sarapan lain

Kenal pesaing, baca langkah bisnes mereka, ramalkan langkah mereka seterusnya

Pastikan jenama kita tidak tersilap langkah

7. Apa Yang Membuatkan Jenama Anda Berbeza Dari Yang Lain?

Setelah kita kenalpasti pasaran dan pesaing dalam pasaran, kita mestilah mencari identiti unik jenama kita

Ini penting supaya kemasukan kita ke dalam pasaran akan disedari dan mendapat perhatian dari pelanggan berpontensi

 

Bermula dari soalan (1) di atas, ia mesti dirangka supaya jenama kita tampil berbeza dari jenama lain dari perspektif positif.

Keunikan nilai (disctintive value) jenama kita tidak semestinya bersifat functional

Ia boleh juga ditonjolkan sebagai ciri unik yang tiada kaitan dengan fungsi asal kewujudan jenama kita dalam pasaran

Contoh :

Apabila jenama restoran makanan segera Johny Rockets membuka cawangannya di Malaysia,

Ia menampilkan kelainan bila pekerjanya akan membuat tarian khas dengan gembira untuk hiburan pelanggan di premisnya dan juga bakal pelanggan yang masih lalu-lalang di hadapan premis

Persaingan kuat restoran makanan segera seumpanya masih lagi membuatkan orang ingat tentang Johny Rockets,

Johny Rockets ialah restoran makanan segera yang ada waiter menari? Ini pun dipanggil kelebihan jenama.

Kelebihan Johny Rockets ini menyebabkan ramai yang merakam tarian waiter dan upload di Youtube.

Jenama siapa yang naik dalam cerita ni? Betul! Johny Rockets

 

8. Apakah Personaliti Jenama (Brand Personality) Anda?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu membayangkan jenama kita sebagai manusia macam kita

Apakah personaliti yang kita mahu jenama kita jadi?

 

Personaliti yang kita tentukan untuk jenama kita mestilah menepati citarasa kumpulan manusia ideal yang kita sudah pilih

Contoh :

Coca cola tidak sekadar membawa personaliti pengeluar produk minuman

Coca cola membawa personaliti sebagai minuman penghilang dahaga, minuman untuk parti, dipercayai dan jenama yang bertahan lama

Jika dibariskan beberapa jenis cola bersebelahan antara satu sama lain, kebarangkalian kita memilih Coca cola adalah sangat tinggi

9. Adakah Jenama Anda Ada Nilai Jenama (Brand Value) Yang Unik?

Senaraikan nilai jenama (brand value) dan janji jenama (brand promise) di mata anda dan pasaran

Cuba untuk tonjolkan nilai nilai yang unik dan berfungsi

Contoh :

Kami hanya menggunakan ayam yang disembelih dan diberikan makan dedak dari sekam jagung dari Columbia

Order anda akan disiapkan dalam masa 24 jam dari tarikh booking

Segala maklumat anda akan dirahsiakan dari pengetahuan sesiapa pun

Produk X ini dihasilkan dari 100% bahan organik

10. Apakah Objektif Jenama (Brand Objectives) Anda?

Tetapkan apa objektif penjenamaan kita

Dalam proses ini tanyakan 

1) Apa yang kita mahu jenama kita buat untuk bisnes kita?

2) Apa yang kita mahu orang lain tahu dan cakap mengenai produk atau servis kita?

 

Apabila kita jelas tentang objektif penjenamaan, ia akan mempengaruhi segala behaviour kerja kita dalam penjenamaan

 

Setelah kita senaraikan objektif penjenamaan, kita mestilah merancang blueprint untuk mencapai satu persatu objektif tersebut

Bila mahu keluarkan iklan, write-up, kemunculan di program tv, program untuk ditaja dan sebagainya 

Objektif Penjenamaan boleh dikategorikan kepada 9 kategori berbeza

> Imej & Identiti

> Pengiktirafan (Recognition)

> Kesedaran Tentang Jenama (Brand Awareness)

> Brand Engagement 

> Kesetiaan Jenama (Brand Loyalty)

> Brand Advocate 

> Ekuiti Jenama (Brand Equity)

> Saiz Pasaran (Market Share)

> Brand Margin

 

Kalau anda suka dengan post ini, mungkin kami akan kupas satu persatu tentang Objektif Penjenamaan ini dalam satu post khas

11. Bagaimana Pandangan Ideal Yang Anda Nak Pasaran Lihat Pada Jenama Anda?

Apabila anda mahu membangunkan jenama anda, bayangkan kalau anda jadi halimunan dan duduk di sebelah pelanggan ideal anda

Apa yang anda mahu mereka cakap pasal jenama anda?

 

Senaraikan perspektif ideal yang anda mahu pasaran pandang pada jenama anda

Tanyakan soalan ini dan mulakan jenama impian anda

12. Apakah Janji Jenama (Brand Promise) Anda?

Jenama kita mesti menonjolkan janji jenama (brand promise) yang padu

Janji boleh jadi sebab pasaran membuat urusan dengan jenama kita ATAU ia boleh jadi sebab pasaran memulaukan jenama kita jika janji tidak ditepati

Apa pun yang berlaku, kita tidak boleh mengkhianati janji jenama kita ni

Kalau diketahui pasaran bahawa kita tidak menunaikan janji ini, selamat tinggal!

 

Contoh:

Restoran kita adalah restoran berstatus HALAL. HALAL adalah janji jenama kita pada pasaran.

 

13. Apakah Cerita Rahsia Jenama Anda?

Sesetengah jenama memang berkesan untuk cepat dikenali pasaran apabila mempromosi cerita cerita rahsia di sebalik jenama

 

Tahukah anda jenama SenHeng dimulakan apabila penerajunya menjumpai iklan kerja kedai elektronik pada pembungkus nasi lemak yang dimakannya?

 

Ini adalah salah satu contoh cerita rahsia dari jenama kita untuk diketengahkan menjadi kenderaan untuk jenama kita dipandang dan mendapat perhatian

 

Cerita ini tidak semestinya kisah benar.

Ia boleh jadi persona yang diada-adakan untuk menjadi cerita rahsia jenama kita dan membawa mesej jenama kita

 

Contoh :

Pernah dengar roti Gardenia?

Pada tahun 1969, Horatio ‘Sye’ Slocumm datang dari Atlanta, USA ke Malaysia. Dia dihantar oleh International Executive Service Corporaqtion (IESC) untuk memulakan kedai roti. Inilah permulaan Gardenia sehinggalah Datuk Wong Tze Fatt menubuhkan Gardenia Food Industries berbekalkan pengetahuan dan resepi Slocumm digabungkan dengan resepi Jim Humphrie. Sehinggalah sekarang Resepi Uncle Slocumm menjadi tagline termasuklah di Singapura walaupun ianya dimiliki entiti berlainan

14. Bagaimana Jenama Anda Mampu Menarik Perhatian Pasaran?

Tentukan bagaimana jenama kita mampu menarik perhatian pasaran

Adakah dari segi pembungkusan produk?

Adakah dari segi budaya kerja pasukan kita?

Adakah dari segi keunikan pengiklanan?

 

Boleh jadi juga daripada cara ia diedarkan ke tangan pasaran dengan unik

Mana tahu kan

 

Semua nilai tarikan ini mestilah ditentukan juga medium yang bakal digunakan untuk menyampaikan mesej jenama pada pasaran

15. Bagaimana Anda Mahu Mengukur Kejayaan Jenama Anda?

Walaupun ia bukanlah kerja mudah untuk mengukur kejayaan jenama tetapi ianya mesti dilakukan supaya kita tahu segala usaha kita berbaloi dan ada kesannya pada pasaran

Apabila jenama kita kuat, warna sahaja boleh mengingatkan pelanggan pada jenama kita

Apabila jenama kita kuat, bau sahaja boleh mengingatkan pelanggan pada jenama kita

Apabila jenama kita kuat, dengar sahaja boleh mengingatkan pelanggan pada jenama kita

Let's brandwash your business with us

Imagine having a key partner as your branding department. Isn’t it wonderful? We are ready for you

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp