Jadi sekarang mereka sudah jadi pelanggan, apakah seterusnya?

Di zaman kompetitif ini, mendapatkan kesetiaan pelanggan adalah ‘long game’ yang perlu diberikan perhatian jika kita tak mahu pelanggan kita lari kepada jenama pesaing.

 

‘Packaging Insert’ adalah surprise element yang disertakan dalam pembelian kepada pelanggan.

Memberikan ‘packaging insert’ adalah satu strategi personal engagement dengan pelanggan anda yang jika dibuat dengan teliti dan personal, pelanggan anda akan menjadi pelanggan paling setia hingga hujung nyawa.

 

Kenapa idea ‘packaging insert’ ini sangat berguna dan patut diberi pada pelanggan?

  1. Kos rendah – setiap insert adalah bermakna pada pelanggan tidak kira harga
  2. Penerima tepat – penerima adalah pelanggan sedia ada anda yang sedang membina kepercayaan pada jenama anda.
  3. Kos penghantaran – Kos penghantaran telah pun dibayar dalam pembelian.
  4. Cross selling – Strategi ini juga sesuai untuk pengenalan produk lain
  5. Kesetiaan – Insert yang bagus akan membuat pelanggan anda setia dengan jenama anda
  6. Efek pasca pembelian – Sebahagian insert boleh menghasilkan gelombang pemasaran selepas pembelian apabila pelanggan menghargai pemberian anda.

 

Ini 5 idea ‘packaging insert’ untuk anda berikan dalam setiap pembelian pelanggan anda:

 

 

 

 

 

  • Baucar diskaun

Ini antara idea yang selalu digunapakai. Walau pun begitu anda masih boleh menjadikan unik dalam bentuk offer anda yang personal. Strategi ini biasanya dapat menggalakkan pembelian kedua dengan cepat.

Contoh :

a) 30% diskaun untuk pembelian seterusnya
b) Free gift untuk pembelian seterusnya
c) Surpise gift untuk pembelian seterusnya 

 

 

  • Sampel produk

Idea pemberian sampel ini juga boleh diolah memberikannya sebagai travel pack. Ia boleh digunakan untuk memperkenalkan produk baru kepada pelanggan sedia ada.

Ia juga boleh diberi untuk pelanggan berikan pada kawan kawan dan keluarga dengan nota personal seperti ini

“Beautee Wonder percaya kebahagiaan ialah apabila kami berkongsi. Kongsikan sampel ini kepada BFF anda dan beritahu kami apa reaksi mereka ok darling”

 

  • Cenderamata

Siapa yang tak suka dapat surprise bila membuat pembelian kan? Hadiah hadiah unik yang dijadikan ‘packaging insert’ akan membuatkan pelanggan rasa dihargai dan menghebahkan pada orang lain samada melalui word of mouth ataupun post di media social

Pemilihan hadiah yang sesuai dan personalized adalah sangat membantu menghasilkan kesetiaan yang kita harapkan.

 

  • Utusan peribadi

Idea ini sangat berhasil dalam 2 keadaan. Pertama, jika anda merupakan pemilik jenama yang dikenali ramai dan menjadi idola pelanggan anda, utusan peribadi khusus untuk mereka akan menghasilkan reaksi yang tidak dapat dibeli dengan wang

Kedua, jenama anda juga boleh menjadi ‘manusia’ yang pandai menghargai dan memberikan kata kata cinta dan semangat untuk pelanggan anda. Inilah masanya untuk memanusiakan jenama anda di mata pelanggan.

 

  • Review produk dan permintaan pasca pembelian

Antara idea ‘packaging insert’ yang terbaik kami cadangkan adalah idea ke-5 ini

Sebagai ekstensif dari ucapan terima kasih, anda juga boleh minta pelanggan anda membuat review positif tentang produk anda di media social dengan tawaran diskaun atau hadiah yang sesuai

Dengan cara ini, pelanggan ini menjadi duta jenama anda yang ikhlas dan ia dapat membuat mereka merasa telah membuat sesuatu untuk jenama anda dan dihargai selepasnya

 

TAHUN 2020, MASA UNTUK BER’CINTA’ DENGAN PELANGGAN ANDA

 

Untuk idea mereka packaging insert, boleh hubungi Bigads untuk rekaan grafik, idea pembungkusan dan konsultansi. Kami ada tawaran istimewa khusus untuk pembaca post ini sahaja! Jom hubungi kami.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp