Adakah anda mencari platform media sosial yang terbaik untuk perniagaan anda?

 

Apa itu platform yang bagus?

 

Platform yang bagus adalah platform yang mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada perniagaan anda. 

 

Media sosial yang kita gunakan saban hari sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah medium pemasaran produk kita.

 

Ini kerana media sosial amat sesuai untuk:

 

a) Membina kesedaran jenama

b) Berhubung dengan pelanggan yang ada

c) Mendapatakan jualan untuk perniagaan anda.

Akan tetapi apa yang membingungkan sebenarnya adalah apabila memikirkan platform yang mana satu yang benar-benar mendatangkan keuntungan?

 

boleh jadi Twitter, Facebook atau Instagram

 

Betul tak?

 

Jadi hari ini, kita akan menjawab soalan tersebut.

 

Kami akan berkongsi 3 platform media sosial yang sesuai digunakan untuk perniagaan anda

dan bagaimana hendak menggunakannya.

 

Sebelum itu, kita perlu tahu mengapa kita perlu menggunakan media sosial untuk perniagaan kita

supaya kita jelas dengan tujuan kita

 

Berikut adalah beberapa kelebihan yang kami dapat senaraikan:

 

a) Membina Kesedaran Jenama:

Aktif di media sosial akan membantu anda untuk menonjolkan diri di kalangan pengguna.

Setelah mendapat pendedahan yang mencukupi anda pasti akan menarik lebih ramai orang untuk melihat kandungan jenama anda.

 

b) Berhubung terus dengan Pelanggan:

Ramai yang tersilap kerana menganggap media sosial sebagai platform menjual semata-mata.

Sebaliknya media sosial sebenarnya adalah ruang komunikasi antara anda dan pelanggan

Jika anda bijak berkomunikasi dan membina kepercayaan pelanggan anda

anda dapat menarik lebih ramai pelanggan baru.

 

c) Tingkatkan SEO Anda:

Dengan mempromosikan kandungan anda di media sosial

anda berpotensi untuk memperoleh lebih banyak like, comment, view dan share untuk kandungan anda.

Ini akan mendorong kekerapan traffic ke web anda dan membantu meningkatkan SEO anda.

 

d) Kembangkan senarai e-mel Anda:

Setelah traffic ke web anda mula dijana. Anda kini mempunyai banyak peluang untuk mengubah Haluan funnel anda dan mengembangkan senarai e-mel anda untuk menjana lebih banyak jualan dengan kempen e-mel anda.

 

e) Mendorong Lebih Banyak jualan:

semua kelebihan yang disenaraikan di atas sebenarnya membawa hanya kepada satu matlamat utama iaitu  menukarkan leads kepada sales .

 

Sekarang, anda mungkin tertanya-tanya, “kalau betul banyak kelebihan bila gunakan media sosial ini, kenapa masih banyak perniagaan yang gagal atau suam-suam kuku sahaja walaupun dah gunakan media sosial?

 

Persoalannya kini bukan lagi berkenaan sudah online kan perniagaan ataupun belum

 

Tetapi persoalan yang sebenarnya ialah bagaimana kita mengendalikan online platform yang kita gunakan.

 

Tumpuan kita akan berikan kepada 3 platform media sosial terbaik untuk perniagaan, kelebihan dan kekurangan platform tersebut, dan kesimpulan akhir sama ada platform tersebut bagus atau tidak untuk perniagaan

 

Mari kita mulakan

 

Selamat membaca

 

 

1. Facebook

Walaupun Mark Zuckerberg mendapat banyak kecaman beberapa tahun kebelakangan ini kerana perubahan algorithm yang menyusahkan

Namun tidak dinafikan bahawa beliau telah  berjaya membina platform media sosial terbaik

untuk banyak perniagaan sedia ada hari ini.

 

Facebook kini dilaporkan mempunyai lebih dari 1 bilion pengguna aktif setiap hari.

Maka, tidak hairanlah  jika facebook disenaraikan sebagai platform yang terbaik untuk perniagaan.

 

Faceboook juga merupakan platform yang bagus untuk tujuan berinteraksi

 

ini memudahkan anda berinteraksi dengan pelanggan anda di alam maya 

 

Kebanyakkan pemilik perniagaan memilih untuk menggunakan features private group sebagai kolam  

Seterusnya memberikan akses kepada pelanggan yang membeli produk mereka untuk :

 

a) memudahkan interaksi

b) pertanyaan soalan

c) berkongsi pengalaman produk

 

Pangkalan pengguna Facebook diberitakan mengalami penurunan drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Namun begitu, masalah itu tidak langsung menjejaskan prestasi Facebook sebagai platform untuk perniagaan

 

Facebook mengikut pandangan saya

amat sesuai untuk digunakan hampir kesemua jenis perniagaan.

 

Walaupun penggunaan Tools iklan berbayar boleh menjadi rumit dan mahal.

Akan tetapi iklan itu benar-benar pilihan dan bukanlah keutamaan.

 

Keutamaannya adalah mempunyai akaun aktif untuk berhubung dengan pengguna lain secara terus.

 

 

Gunakan Facebook Pixel untuk membantu perkembangan perniagaan anda.

 

Jika anda ingin membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih advance 

Anda boleh menggunakan Facebook Pixel untuk mengoptimumkan kempen perniagaan anda.

 

Iklan Facebook berfungsi dengan algorithm yang sentiasa beroperasi untuk menyasarkan khalayak yang lebih sesuai untuk perniagaan anda.

 

Facebook Pixel juga memudahkan anda untuk memahami pelanggan anda

Sesuai dengan matlamat kempen anda.

 

Pixel tracking diletakkan di laman web anda dan apabila pelanggan mengunjungi laman anda.

 

Pixel akan beroperasi untuk menentukan sama ada pelanggan tersebut sesuai untuk melihat iklan Facebook anda di lain waktu atau tidak.

 

Bayangkan senario ini:

 

Pelanggan mengunjungi laman web anda dan melihat kandungan anda.

 

Kemudian anda menunjukkan kempen anda:

 

Pelanggan anda menyukai kempen anda dan memutuskan untuk memilih tawaran anda.

 

Anda juga telah menambahkan Pixel tracking untuk kempen khusus ini.

 

Hal ini akan membawa kepada dua situasi:

 

a) Anda akan mendapat database baru untuk senarai e-mel anda

b) Facebook bertindak menunjukkan iklan anda kepada pengguna ini kerana beliau menunjukkan minat terhadap kempen anda

 

Kini setiap kempen yang anda jalankan di Facebook akan meraih lebih banyak pelanggan dan jualan.

 

 

Antara kelebihan menggunakan Facebook ialah platform Facebook mempunyai capaian khalayak yang besar

sesuai dengan jumlah pengguna aktif hariannya.

 

 

Selain itu, Facebook juga mempunyai kelebihan dari segi pengiklanan yang lebih bersasar

dan penyediaan analisis data yang terperinci  bagi memudahkan capaian objektif pengiklanan peniaga.

 

 

Namun begitu,

Facebook memerlukan kita untuk konsisten dalam membuat kandungan supaya

kandungan kita kekal dilihat oleh pelanggan kita.

 

 

Menggunakan Facebook juga turut mempunyai risikonya yang tersendiri

 

kerana kita berhadapan dengan risiko di banned oleh facebook jika tidak mengikuti polisi Facebook.

 

 

2. Instagram

Dalam tempoh dua bulan dari pelancaran Instagram pada tahun 2010

Instagram telah pun mempunyai lebih dari satu juta pengguna aktif.

 

Kini, jumlah itu terus meningkat dan kini mencatatkan jumlah pengguna aktif setiap hari melebihi 1 bilion

menjadikannya salah satu platform media sosial yang sesuai untuk perniagaan.

 

Instagram seperti yang semua kenali hanya bermula sebagai platform untuk berkongsi gambar sahaja.

 

Sehingga kini Instagram masih mengekalkan feature ini sebagai tarikan utama dengan beberapa penambahan feature baharu seperti:

 

a)perkongsian video

b) story

c) penggunaan filter gambar

d) Instagram TV

e) Reels

Features ini menjadikan Instagram kekal relevan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda.

 

Instagram merupakan platform yang bagus untuk peniaga memasarkan produk mereka.

 

Instagram memerlukan anda untuk membuat beberapa strategi pemasaran iaitu :

a) cara penulisan teks

b) penggunaan gambar

c) pautan ke profil anda.

 

Kini anda sudah mempunyai kempen yang akan meningkatkan pengikut anda.

 

Instagram diakatakan sangat bagus untuk perniagaan kerana majoriti penggunanya adalah golongan muda

dan kebanyakkan mereka juga merupakan pengguna telefon pintar.

 

penggunaan telefon pintar ini menjanjikan jumlah konsisten pengguna aktif harian di Instagram kerana faktor platform mudah diakses dan dikendalikan.

 

Selain itu, Instagram juga kini menambah feature “Checkout” khas untuk peniaga E-Commerce.

 

Feature ini memudahkan pelanggan untuk membeli terus barangan yang mereka lihat dari akaun Instagram mereka.

 

Kelebihan menggunakan Instagram sebagai peniaga hanya boleh dinikmati apabila anda mempunyai ramai pengikut.

 

dan bukan mudah untuk mendapatkan pengikut yang ramai.

 

Antara kelebihan lain Instagram adalah penekanan penggunaan visual dalam konteks menjual.

gambar yang cantik sememangnya mempunyai psikologi menjual yang mendalam

dan penekanan penggunaan visual ini membantu peniaga meningkatkan jualan mereka.

 

Namun begitu, Instagram juga mempunyai kekurangan yang patut anda pertimbangkan 

Iaitu misleading metrics yang akan mengakibatkan pengikut anda tidak engage dengan kandungan anda.

 

Untuk mengatasi masalah ini anda memerlukan strategi yang lebih agressif dalam penciptaan kandungan untuk menarik perhatian pelanggan anda.

 

 

3. Twitter

Twitter tidak dinafikan mempunyai strategi pemasaran yang cemerlang dari awal penubuhannya.

 

Twitter berfungsi dengan memberikan kebebasan untuk semua bersuara tanpa had kepada penggunanya

Dan hal ini telah berjaya membentuk golongan pengguna baharu di Twitter.

 

Sehingga hari ini Twitter mempunyai hamper 192 juta pengguna aktif setiap hari.

 

Angka ini mungkin kurang sedikit dari pengguna aktif Instagram dan Facebook

Namun angka ini sudah cukup besar dan mempunyai potensi tersendiri untuk ditembusi.

 

Jika anda menggunakan Twitter untuk perniagaan semestinya anda akan menjumpai pattern

Atau cara untuk monetize platform ini.

 

Apa yang anda perlu lakukan adalah menyebarkan nilai perniagaan anda kepada masyarakat

dan kekal aktif untuk menonjol di platform ini.

 

kandungan yang memudahkan khalayak berhubung dengan anda akan memudahkan proses menjual.

 

Alghoritm twitter juga mudah difahami pemilik perniagaan

hal ini memudahkan proses pembinaan kesedaran jenama

 

Twitter memerlukan strategi pemasarannya sendiri

 

dan anda perlu merancang tweet yang berkualiti setiap hari.

 

Anda juga boleh menggunakan individu berpengaruh untuk retweet tweet anda

Ini akan meningkatkan pendedahan kandungan anda kepada khalayak yang lebih luas.

 

Teknik lain untuk meningkatkan  pendedahan kepada kandungan adalah dengan menggunakan iklan berbayar.

 

Iklan berbayar di twitter berfungsi untuk mencapai pengguna lain pada skala yang lebih besar

 

Namun seperti tools ads di media-media yang lain

 

Anda juga perlu kreatif dalam menerbitkan kandungan untuk menarik khayalak berhubung dengan kandungan anda.

 

Namun begitu, twitter merupakan platform yang mempunyai persaingan yang padat

Hal ini memerlukan anda untuk meletakkan usaha 2 kali ganda untuk berjaya di platform ini.

 

Selain itu,  traffic yang anda jana di twitter juga tidak mudah untuk ditukarkan kepada jualan

Ini kerana twitter masih lagi terikat dengan kegunaan asalnya

iaitu tempat orang ramai menyatakan pendapat dan suara.

 

Baiklah,

ini sahaja platform yang kami dapat bincangkan dan bongkarkan untuk anda

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat kepada anda semua

terutamanya usahawan yang baru berjinak dengan online business

 

Harus diingatkan bahawa apabila kita bercerita berkenaan platform media sosial yang terbaik

Tiada istilah magic bullet.

 

Anda perlu kaji dan alami proses try and error itu untuk memperoleh hasil yang terbaik.

 

Pendapat diatas hanyalah pendapat peribadi melalui pengalaman kendiri dan tidak dinafikan

Masih banyak lagi platform yang bagus untuk menjual seperti:

 

a) Tumblr

b) Tik Tok

c) Carousell

Dan banyak lagi.

 

Jika anda baru sahaja memulakan perniagaan

Senarai yang kami sediakan diatas merupakan platform yang bagus untuk anda terokai.

 

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp