SME adalah segmen komuniti bisnes yang selalu menjauhi topik penjenamaan.

“Mahal la nak buat branding”

Ini respon biasa pemilik bisnes SME. Mereka selalu membayangkan jenama-jenama seperti Apple, MC Donald dan Air Asia apabila bercakap mengenai jenama.

Berita baiknya adalah anda tak perlu mempunyai akaun bank sebesar Air Asia untuk menaikkan jenama anda menjadi pilihan sasaran pasaran.

Tak percaya?

 

Ini 5 strategi yang murah untuk penjenamaan bisnes SME :

 

  • Kenalpasti identiti jenama (Brand Identity)

Ini strategi paling bosan untuk dikerjakan tapi ia adalah strategi paling penting dan perlu dilakukan di awal awal langkah penjenamaam. Kesilapan di peringkat ini akan menyebabkan malapetaka yang lebih besar ke atas jenama bisnes anda.

Jenama bukan sekadar logo. Ia adalah perancangan identity yang jelas.

Ok, sekarang ialah masa untuk anda berteman secawan kopi, sekeping kertas dan pen. Ambil masa dan tanya diri anda sendiri soalan soalan kritikal di bawah :

 

Siapa jenama saya

a) Apa 3 perkataan yang menggambarkan jenama anda?

b) Seperti apa saya mahu jenama saya dikenali dalam pasaran?

c) Apa misi dan visi jenama saya berada dalam pasaran?

d) Apa perubahan dan kelainan yang jenama saya bawa ke dalam industry?

 

Siapa pelanggan saya

a) Siapa pelanggan ideal saya?

b) Berapa pendapatan mereka?

c) Apa yang membuat mereka gembira?

 

Apa yang membuat mereka gembira?

a) Adakah mereka tertumpu pada satu jantina?

b) Adakah mereka suka pada penjenamaan anda?

c) Apakah yang akan membuatkan mereka percaya sesuatu jenama?

 

Apa uniknya saya?

  1. Apakah keunikan jenama saya (Point of Difference)

a) Adakah ramuan produk saya unik?

b) Adakah packaging produk saya unik?

c) Adakah cara pembelian saya unik?

d) Adakah bisnes model saya unik?

 

Satu poin penting yang perlu diambil kira adalah anda perlu membuat pilihan samada Personal Branding anda sebagai pemilik jenama akan membuat pasaran suka dengan anda? Jika anda adalah seorang pemilik jenama yang tidak suka menonjolkan keperibadian anda, tidak menjadi kesalahan tetapi jenama anda mesti memilik POD yang kuat.

 

 

 

  • Dari mata turun ke hati

Setelah anda mengenali jenama anda sendiri dan sasaran pasaran anda, cuba untuk mereka identity visual yang membuatkan sasaran pelanggan anda suka kepada jenama anda. 

 

 

a) Panduan jenama (Brandstyle guide)

Jika jenama anda adalah seorang manusia, manusia seperti apa yang disukai oleh sasaran pelanggan anda. Jenama anda perlu jadi manusia itu!

Jenama anda perlu berperangai, berpakaian, makan, minum dan tidur seperti manusia itu.

b) Logo (Brandmark)

Logo adalah wajah kepada jenama. Korbankan ego dan sentimental value anda. Sentiasa fikir sasaran pelanggan anda ketika bekerjasama dengan pereka grafik untuk mencipta logo yang boleh membuatkan pelanggan anda sentiasa mengingati jenama anda.

c) Kad bisnes

Di zaman digital ini, kad bisnes masih adalah perkara perlu anda bagi bisnes anda. Ia perlu diselarikan dengan panduan jenama anda supaya ia menjadi wajah yang diingati selalu oleh mereka yang mendapatnya.

 

d) Website

Jenama yang bagus adalah jenama yang dapat dicari di dunia atas talian. Jika jenama anda tidak dapat diakses, hampir pasti jenama anda tiada di muka bumi ini. Jadi sediakanlah sedikit dari bajet anda untuk membina website yang dibuat dengan teliti selari dengan panduan jenama anda di (a). Akaun media social adalah sebagai permulaan yang bagus dan murah juga.

 

 

  • Anda adalah pakar rujuk

Tidak ada pelanggan yang mahu berurusan dengan mereka yang tidak tahu apa yang mereka tahu. Sentiasa mendalami ilmu dalam industry anda dan tonjolkan diri anda sebagai pakar rujuk dalam industry anda.

Gunakan strategi pemasaran konten untuk sentiasa berkongsi cerita cerita, tips, pengetahuan yang khusus di platform media social, medium hubungan anda dan pelanggan, website dan sebagainya. Bercakaplah dengan bahasa yang sesuai dengan sasaran pelanggan anda. Ingat, jenama anda adalah manusia yang pelanggan anda sukai!

Kembangkan konten anda dengan natural. Sekiranya anda adalah seorang pemili kedai roti, anda boleh berkongsi resepi, tips membakar roti, peralatan dapur yang bagus untuk dibeli, tutorial mengemas dapur dan sebagainya yang berkaitan dengan industry anda.

Strategi ini juga akan membuatkan pelanggan yang tepat dan berkualiti datang kepada anda. Percayalah, ini pelanggan yang anda impikan untuk semua jenama.

 

 

 

SUPREME X COMME DES GARÇONS SHIRT

  • Kolaborasi! Kolaborasi! Kolaborasi!

Tahun 2020 adalah tahun kolaborasi. Setiap pemilik bisnes mahu mengurangkan kos pemasaran dan penjenamaan dengan impak yang sama besar

Kolaborasi dengan jenama lain dalam industry anda adalah langkah paling bijak. Pastikan jenama anda tidak menjual nilai yang sama kepada pasaran tetapi hanya berkongsi sasaran pasaran yang sama.

Cuba kenalpasti set ini dalam industry anda. Ia dipanggil Contact Sphere. Mereka yang berkongsi sasaran pasaran dengan anda tetapi tidak menjual produk/servis yang sama dengan anda.

  • Masa untuk jadi superhero

Sentiasa menonjol sebagai superhero kepada pelanggan anda. Dengar masalah mereka dan cuba selesaikan.

Mengecewakan satu pelanggan adalah cukup untuk merosakkan jenama anda.

Di zaman bisnes yang kompetitif ini, jenama anda perlu mempunyai hubungan personal dengan pelanggan yang telah menaruh kepercayaan kepada anda

 

TAHUN 2020, MASA UNTUK KICKSTART JENAMA ANDA!

 

Kami faham yang anda semua hampa di tahun 2020 masih tiada kereta terbang. Tapi itu bukan alasan untuk bisnes anda tidak terbang tinggi di tahun 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana membuat jenama bisnes anda terbang tinggi di tahun 2020 ini, hubungi team Bigads segera. Kami ada tawaran sesi konsultasi jenama yang khas untuk mereka yang membaca post ini. Jumpa di sana!

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp