Senarai di bawah ini adalah antara Objektif Penjenamaan (Branding Objectives) yang selalu digariskan untuk dicapai Berdasarkan kajian, antara sebab mengapa sesebuah bisnes tidak menekankan penjenamaan dalam gerak kerja mereka adalah kerana mereka tidak tahu apa yang mahu dicapai dari kerja kerja penjenamaan.   Jika anda sendiri tergolong dalam golongan pemilik bisnes yang masih tidak jelas kenapa anda patut merangka dan membina penjenamaan, post kali ini untuk anda

1. Identiti dan Imej (Branding Identity)

Apa yang pasaran lihat pada jenama kita menjadi objektif penjenamaan kita yang pertama.   Ia boleh jadi visual, idea, emosi, kualiti dan pengalaman berurusan.   Dengan Identiti Jenama yang jelas, jenama kita akan jadi lebih menonjol dalam pasaran   Identiti Jenama akan lebih menonjol dengan keselarian 8 elemen identiti

  • Konsep
  • Nilai
  • Visual
  • Janji, Misi dan Visi
  • Kualiti
  • Pengalaman pasaran
  • Budaya
  • Legasi

Apabila kita menyebut AirAsia. Secara automatik kita membayangkan identitinya di dalam kepala kita membentuk gabungan warnanya, taglinenya, USPnya, pengasasnya, pramugarinya dan segala bentuk hubungan jenama yang berkaitan. Apa yang pasaran bayangkan apabila mendengar jenama kita?

2. Pengiktirafan (Brand Recognition)

 

Objektif kedua adalah mendapat pengiktirafan dari pasaran dan badan berautoriti Ini merupakan respon secara rasmi terhadap kejayaan kita mencapai objektif pertama, iaitu Identiti Jenama (Brand Identity).   Pengiktirafan dari pasaran adalah sejauh mana pasaran dapat tahu, ingat dan jatuh cinta dengan jenama kita Adakah pasaran kenal logo kita Adakah pasaran kenal pembungkusan (packaging) produk kita Adakah pasaran kenal warna rasmi jenama kita Dan adakah pasaran pernah menyatakan cinta pada jenama kita

 

Pengiktirafan dari badan berautoriti adalah dengan menerima anugerah yang mengangkat jenama kita sebagai jenama yang bagus Putra Brand Awards, Malaysia Power Brand Awards, Global Brand Awards dan The BrandLaureate adalah antara contoh pengiktirafan terhadap jenama di Malaysia

 

Boleh ikut lagi setakat ni kan?

3. Kesedaran (Brand Awareness)

 

Objektif ketiga penjenamaan adalah kesedaran pasaran tentang jenama kita. Kesedaran jenama adalah peratusan pasaran yang ingat pada jenama kita   Tahap paling tinggi dalam objektif ini adalah jenama kita dikenali sebagai peneraju kategori produk / servis.   Jenama yang bagus adalah jenama yang dapat mempengaruhi pasaran supaya mengingati kesemua Sifat Jenama (Brand Attribute)

 

Contohnya apabila pasaran mahukan kopi, ia terbayangkan Starbuck. Apabila pasaran mahu bercuti, mereka akan memilih penerbangan AirAsia

 

Ini antara objektif jenama paling mahu dicapai oleh semua jenama kan?

4. Hubungan (Brand Engagement)

 

Objektif ke-4 ini adalah mengukur sekerap mana pasaran berinteraksi dengan jenama kita. Ia boleh dilihat dengan mengukur kekerapan laman web kita dilawat, kedai kita dimasuki, tempahan dibuat atau produk kita diulas   Sesetengah jenama fesyen pula boleh diukur pada berapa kerap jenama kita dipakai oleh pelanggan. Sebab sudah tentulah satu orang pelanggan tidak hanya memakai jenama kita sahaja kan? Jadi, kekerapan pelanggan menyarung label kita ke badannya menunjukkan objektif jenama kita yang ke-4 tercapai Kita boleh stalk jenama kita sendiri di pasaran

 

Berapa ramai sedang bercakap tentang jenama kita Hashtag, mention dan tagging di media sosial contohnya

5. Kesetiaan (Brand Loyalty)

 

 

Objektif ke-5 dalam penjenamaan adalah membina kesetiaan pada pasaran Ia boleh diukur dengan melihat kekerapan pembelian Atau lebih dari itu ialah dengan melihat selama mana kita menjadi pilihan satu satu pelanggan   Jenama yang bagus adalah jenama yang dibeli selalu oleh 1 orang pelanggan dan dibeli dari pembelian pertama sehinggalah tamat riwayat pelanggan itu dan disambung pula pembeliannya oleh anak cucu kepada pelanggan tersebut Kalau ini yang berlaku pada jenama kita, susahlah ia jatuh

 

Kita boleh lihat kejayaan objektif ke-5 ini dengan melihat bagaimana jenama seperti Minyak Cap Kapak dan Panadol dipercayai oleh pasarannya

6. Pengaruh (Brand Advocate)

 

Objektif yang ke-6 ini adalah tentang bilangan pelanggan yang bercakap dan mempromosi jenama kita secara sukarela Tahap tertinggi yang kita mahu capai adalah apabila jenama kita dipromosi oleh mereka yang berpengaruh dalam industri

 

Contoh :  Kalau restoran kita dipromosi oleh Chef Gordon Ramsay secara sukarela. Itukan hebat! Restoran di Malaysia yang mempunyai plak JJCM juga adalah lokasi makan yang dipercayai bagus.

 

 

7. Ekuiti (Brand Equity)

 

Objektif ke-7 adalah antara objektif yang mahu dicapai oleh sesuatu jenama untuk jangka masa panjang Jenama sememangnya boleh menjadi aset tidak nyata (intangible asset) kepada sesuatu bisnes. Ia mampu dinilaikan berdasarkan aliran tunai sekarang untuk melihat nilai jenama itu pada masa akan datang.   Jenama mampu menjadi nilai komersial yang dianggarkan dari persepsi Transaksi akaun mewakili anggaran nilai premium jenama tersebut pada masa akan datang. Nilai premium jenama ini hanya boleh dicapai dengan membuatkan jenama tersebut diingati, mudah dikenali, dipercayai dan mempunyai kualiti super.   3 komponen asas Ekuiti Jenama adalah :

  • Persepsi pengguna
  • Kesan positif / negatif
  • Nilai anggaran

 

Survey Equitrend pada Julai 2014 meletakkan HomeDepot sebagai syarikat hardware no.1, diikuti oleh Lowe’s dan seterusnya Ace Hardware. Ia dinilai berdasarkan kekuatan jenama HomeDepot dari segi saluran e-commerce, keserasian di kalangan pengguna dan kemudahan pengguna berinteraksi dengan jenamanya

8. Syer Pasaran (Market Share)

 

Objektif ke-8 penjenamaan adalah dengan meletakkan peratusan syer pasaran yang diperoleh oleh sesuatu jenama. Apabila kerja kerja penjenamaan dijalankan dengan betul dan konsisten. Ia akan menarik minat lebih besar peratusan pasaran untuk berhubunga dengan jenama tersebut

 

Pasaran minum coklat di negara kita dikuasai oleh MILO Pasaran minuman kopi 3 in 1 dikuasai oleh NESCAFE Pasaran ubat gigi dikuasai oleh DARLIE & COLGATE

So, setelah kita kenal pasti 8 Objektif Penjenamaan yang mesti dijadikan matlamat kerja-kerja penjenamaan bisnes kita, Adakah anda dah bersedia untuk memulakan usaha penjenamaan? Kalau anda ada pandangan dan perkongsian, boleh komen di bawah

Let's brandwash your business with us

Imagine having a key partner as your branding department. Isn’t it wonderful? We are ready for you

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp