LOGO INI BUAT MICK JAGGER SEKOLAHKAN PEMILIK JENAMA DI MALAYSIA

Written by Adam Raffi

May 6, 2021

 

 

“Alah awak klik klik je buat logo ni takkan caj mahal sangat”

 

Sebagai sebuah agensi rekabentuk dan penjenamaan

Komen seperti ini boleh buat kami bertukar hijau

 

Berdesing telinga setiap kali mendengar komen begini

 

Tak pasti mana datangnya komen ini

Samada terbiasa menikmati punch down privilege

Atau memang tak reti memahami hasil kerja orang lain

 

Teringat saya satu kisah dari lagenda rock, Mick Jagger dari The Rolling Stone

 

Jadi, ini tazkirah percuma dari Jagger

 

(*Ketika ini terbayang Mick Jagger mengenakan sweater lengan panjang ungu ketat dan corduroy bell bottom ungu di 1968 The Rolling Stones Rock and Roll Circus. Macam tak kena pulak imej ni dengan terma tazkirah)

 

 

 

 

 

Anda mesti pernah dengar nama The Rolling Stone

Dari 1962 – 1969,

Kumpulan rock ini tak pernah mempunyai logo

 

Pada era ini, mempunyai logo untuk kumpulan muzik adalah sesuatu yang dianggap novel

 

Sehinggalah pada tahun 1970

Mick Jagger mengambil keputusan

Untuk mencari seseorang untuk merekabentuk logo The Rolling Stones

Dan akan digunakan dalam 1970 European Tour

 

Ketika ini The Rolling Stone masih belum sangat popular & kaya

Jangan tanya sekarang

 

Celebrity Net Worth melaporkan nilai setiap ahli dicampur dengan nilai kumpulan rock ini mencecah 900 juta USD

 

 

PERCAYA PADA PAKAR

 

Mick Jagger melawat Royal College of Art di London

Untuk melihat pameran pelajar tahun akhir

 

Di sini,

Jagger tertarik dengan hasil seni Jon Pasche, pelajar tahun akhir sarjana seni

 

 

 

 

Disebabkan tiada bajet yang banyak untuk logo

Jagger meminta pelajar ini merekabentuk logo kumpulannya dengan bayaran 50£ sahaja

 

Dia sedar walaupun dia boleh merekabentuk logonya sendiri

Tetapi perkara yang menjadi façade kepada jenama ini perlu diserahkan pada pakar

 

Melalui pengurus kumpulan The Rolling Stones ketika itu, Jo Bergman

Surat niat ditulis kepada Jon Pasche

 

 

 

 

Jagger menunjukkan foto Dewi Kali dalam hikayat Hindu kepada Pasche sebagai rujukan

Pasche segera menangkap ciri penting padanya iaitu lidah yang terjelir

 

Ia merupakan permulaan untuk logo yang dinamakan sebagai

Tongue and Lips atau Hot Lips

 

Pertama kali diperkenalkan melalui album LP Sticky Fingers

 

 

 

 

 

 

MENGHARGAI KERJA SENI

 

Pasche yang bersetuju dengan permintaan Jagger

Telah menyerahkan draf pertama kepada Jagger selepas 2 minggu

 

Jagger tidak berminat dengannya dan berkata

“Come on Jon, I know you can do better than this”

 

Di saat ini, Pasche merasakan harapan untuk mendapat komisyen dari kerja ini semakin tipis

 

Setelah draf kedua disiapkan

Pasche tidak menyangka yang Mick Jagger menyukainya

 

Jagger melangsaikan bayaran 50£ seperti yang dijanjikan

 

Tapi,

 

Jagger juga sedar bahawa bayaran ini bukanlah bayaran yang setimpal

Dan kemudiannya telah memberikan bayaran bonus sebanyak 200£ pada Pasche

Walaupun tidak tertulis dalam mana mana kontrak ketika itu

 

Itulah budi pekerti Mick Jagger, rocker berseluar ketat berbanding kita yang hari-hari membuat hantaran di media sosial seperti kita manusia terbaik

 

Dalam masa yang sama sedang merendahkan nilai kerja orang lain.

 

Ironi. Kan?

 

 

PERMULAAN BAIK UNTUK AKHIR YANG BAIK

 

Selama lebih kurang 4 tahun,

Pasche diambil untuk bekerjasama dengan The Rolling Stones

 

Dan pastinya ini bukanlah sekadar pengambilan pekerja biasa biasa

Pasche dianggap orang yang telah berjasa pada kumpulan The Rolling Stones

Pada 1976, nama Pasche diletakkan dalam penerima royalty 10% atas semua jualan merchandise The Rolling Stones dengan imej lidah terjelir ini

 

Kemudiannya,

Hakmilik jenama ini dijual semula kepada The Rolling Stones untuk 26,000£ pada tahun 1982

 

Dengan logo ini juga, Pasche mula dikenali oleh ramai rakan rakan artis yang lain seperti Paul McCartney, The Who dan Jimi Hendrix

Dan mula membina posisi sebagai antara artis yang bernilai tinggi

Portfolio Pasche sangat menakjubkan dan kali terakhir bekerja sebagai Pengarah Kreatif di South Bank Centre

 

Pada tahun 2008, Pasche menjual fail draf logo ini kepada Muzium London Victoria & Albert dengan harga 92,500 USD

 

TELADAN DARI ROCKER

 

Harini,

Kalau perkara yang sama berlaku pada anda seperti Mick Jagger

Adakah anda mampu membalas jasa orang seperti Jon Pasche dengan jujur?

 

Itu soalan kemanusiaan yang perlu kita jawab

Sambil kita menggunakan duit bisnes pergi umrah setiap tahun

Ada baiknya kita belajar menjadi manusia yang pandai menghargai kerja orang lain

 

Tak marah.

 

Nasihat.

(*cue lagu Symphaty for The Devil – The Rolling Stone)

 

Ditulis oleh :

Di usia 30-an, Adam Raffi, Pengarah & Konsultan Jenama di Bigads Sdn Bhd berpengalaman memberi konsultansi kepada lebih 300 jenama dari sektor SME dan korporat di Malaysia. Minat dalam bidang penghasilan konten mempengaruhi minatnya membaca, mendengar & menonton konten berkualiti dari dalam & luar negara. Di samping khidmat konsultansi, dia juga memiliki beberapa perniagaan lain dalam industri berbeza.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp
Share This