2021 : 5 IDEA BISNES YANG PATUT ANDA PERTIMBANGKAN

 

Tahun 2021 ini, ada begitu banyak idea bisnes yang boleh dimulakan.

 

Namun begitu, lumrah manusia,

 

Lebih banyak pilihan diberikan

 

Lebih lama mereka akan mengambil  masa untuk berfikir.

 

Berfikir dah lama, nak ambil tindakan lagilah makan masa yang lama

 

Betul tak?

 

Harini ini kami bantu anda kecilkan skop pilihan tersebut khas untuk anda cuba

 

Di bawah merupakan pilihan idea bisnes lima teratas yang anda boleh pertimbangkan untuk memulakan perniagaan.

 

Anda mungkin sedar banyak idea dalam senarai ini merupakan idea yang semakin popular

Sebahagiannya lebih kompetitif tetapi kurang berisiko.

 

Selamat membaca

 

  1. Pakar Terjemahan

 

Kebolehan bertutur dalam berbilang bahasa sebenarnya satu kelebihan yang menguntungkan

Mereka-mereka yang menguasai 2 atau lebih bahasa boleh menawarkan khidmat menterjemah bahasa terutamanya dalam bidang professional.

 

Permintaan ini mampu ditawarkan secara atas talian.

Hal ini memudahkan anda untuk bekerja dari rumah sahaja.

 

Mempromosi khidmat anda di atas talian merupakan langkah yang bijak.

Prospek anda sudah ramai di platform ini.

 

Idea bisnes ini juga berpotensi untuk diteruskan untuk jangka masa yang panjang.

 

Jika khidmat anda sudah mempunyai ramai pelanggan.

Anda boleh mengupah khidmat lebih ramai penterjemah yang pakar dalam bahasa lain.

Strategi ini untuk menambah baik nilai perkhidmatan perniagaan anda.

 

Tiada kepakaran dalam bidang terjemahan? Mungkin akan mempertimbangkan idea yang

seterusnya ini.

 

Teruskan membaca…

 

  1. Flipping Website

 

Flipping website ini antara idea yang menarik dan boleh diakatakan menguntungkan.

Walau bagaimanapun, idea ini memerlukan kepakaran seperti:

 

1. Kemahiran mengendalikan website

 

2. Membaca data website

 

3. Merekabentuk website.

 

Secara mudahnya perniagaan flipping website ini menggunakan model bisnes property flipping.

 

Teknik ini serupa seperti yang dilakukan ramai pakar hartanah hari ini.

 

Konsepnya adalah membeli website yang sudah siap dan website tersebut direka semula untuk tampil menarik.

 

Website ini kemudian dijual kembali dengan harga yang lebih tinggi.

 

Terdapat beberapa platform di mana anda boleh menjalankan aktiviti jual beli website ini.

 

Misalnya exchange marketplace Shopify

 

Di sini anda boleh membeli website e-commerce

 

Kemudiannya potensi trafiknya anda tingkatkan  dengan :

 

1. Content creation website yang menarik

 

2. Search Engine Optimization (SEO)

 

Setelah website anda mula menunjukkan potensi jualan atau trafik yang lebih tinggi berbanding

 

potensi ketika awal anda membelinya.

 

Anda boleh mula untuk menjualnya di pasaran.

 

Permintaan kepada website yang mempunyai trafik yang tinggi ini adalah sangat tinggi kerana ramai

 

peniaga atau usahawan hari ini mahu menggunakan system website e-commerce ini lebih mudah.

 

Jika anda baru berjinak dalam rekabentuk website

 

Anda boleh mempertimbangkan idea bisnes ini untuk memulakan perniagaan anda.

 

Pening dengan pengaturcaraan komputer?

 

Sabar…

 

Apa kata anda baca idea yang seterusnya…

 

  1. Personal Shopper

 

Adakah anda antara orang yang sering dipuji kerana mempunyai outfit yang cantik?

 

Kawan-kawan anda yang sering bertanya berkenaan outfit anda?

 

Kalau jawapannya Ya

 

Sebenarnya ini peluang anda untuk menjadi seorang personal shopper yang berjaya.

 

Bagaimana?

 

Anda hanya perlu mempunyai fashion sense yang tinggi dan membantu mereka yang tampil kurang berketrampilan untuk turut menjadi lebih bergaya

 

Bagaimana upah diambil?

 

Anda dibayar untuk nasihat dan tugas membeli dan menghantar pakaian ataupun apa sahaja yang dipesan ke rumah mereka.

 

Tambahan limitasi pergerakan orang ramai ketika wabak ini terbatas.

 

Anda sepatutnya menggunakan peluang ini untuk memulakan khidmat personal shopper ini.

 

Sekiranya anda mahu mulakan perniagaan dengan market entry yang rendah .

 

Anda patut mempertimbangkan idea personal shopper ini.

 

Perniagaan ini juga boleh dikembangkan  melalui atas talian kerana prospek sedia ada yang tinggi.

 

Anda juga tidak memerlukan banyak kemahiran berniaga yang tinggi.

 

Tak nak jadi personal shopper sebab nanti pelanggan banyak kerenah?

 

Takpe.

 

Idea seterusnya mesti semua orang boleh buat.

 

  1. Content Creation

 

Hampir setiap syarikat atau perniagaan online memerlukan khidmat dalam mencipta konten yang sesuai untuk platform pemasaran online mereka.

 

Oleh itu, memulakan perniagaan dalam khidmat penulisan dan penciptaan konten ini merupakan idea yang bagus untuk anda mulakan dalam 2021 ini.

 

Untuk mendapatkan pelanggan anda boleh menawarkan servis anda di media sosial.

 

Teknik pakej yang berbaloi boleh digunakan untuk servis anda nampak lebih menarik.

 

Kemahiran ini boleh anda mulakan dengan membaca pelbagai bahan bacaan di internet dan membuat kajian mengenai tingkah laku pasaran sasaran

 

Ini untuk menentukan konten apa yang sesuai untuk meningkatkan jenama atau trafik sesuatu perniagaan.

 

Anda juga boleh menyertai kumpulan content creator untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan

 

untuk perniagaan anda.

 

Terdapat banyak cara untuk memberi kesan yang baik kepada pelanggan.

 

Anda boleh menawarkan servis optimization key word

 

Anda juga boleh menawarkan servis reka grafik untuk konten digital

 

Perniagaan ini memerlukan banyak aktiviti pembacaan dan kajian

 

Cuba jaya banyak sebelum dapat menghasilkan konten yang bagus.

 

Jika anda merupakan seorang yang gemar dalam bidang content creation ini.

 

Idea bisnes ini mungkin sesuai untuk anda mulakan pada tahun 2021 ini.

 

Tak rajin membaca dan tak suka idea yang telah disenaraikan?

 

Mungkin boleh cuba idea terakhir ini…

 

  1. Makanan atas Talian

 

Perniagaan berasaskan makanan sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi dan berterusan.

 

Kebanyakkan mereka yang bekerja

 

Sama ada di pejabat mahupun di rumah sangat sukar untuk mencari masa untuk memasak makanan yang sihat untuk diri sendiri dan keluarga.

 

Trend ini juga telah membawa kepada kepelbagaian pilihan makanan secara online.

 

Jika anda seorang yang mempunyai kemahiran memasak.

 

Anda boleh memanfaatkan trend ini dengan memulakan perniagaan makan di bandar, negeri, atau kejiranan anda sendiri.

 

Bertentangan dengan ajaran popular.

 

Anda sebenarnya tidak perlu melabur besar untuk mempunyai dapur komersial yang besar. Perniagaan makanan ini boleh diuruskan dari dapur rumah sendiri.

 

Anda juga boleh menyewa dapur yang mempunyai kelengkapan yang cukup.

 

Tempat-tempat ini biasanya dilengkapi dengan semua barang keperluan dan boleh disewa secara bulanan, harian atau berdasarkan jam penggunaan.

 

Untuk servis penghantaran makanan, anda seharusnya tidak terlalu gopoh untuk mempunyai servis

 

penghantaran persendirian.

 

Ada banyak khidmat penghantaran makanan yang boleh anda gunakan

 

1. Foodpanda

 

2. grabfood

 

3. Dah makan

 

4. Bungkusit

 

Banyak lagi khidmat penghantaran makanan yang lebih menjimatkan kos perniagaan anda.

 

Pemasaran boleh dilakukan secara atas talian

 

Anda juga boleh terus berhubung dengan pelanggan anda dan membina hubungan akrab melalui peningkatan nilai dalam pembelian makanan anda.

 

Inilah 5 idea bisnes kecil yang berpotensi tinggi untuk menjana keuntungan pada tahun 2021.

 

Untuk terus berjaya anda perlu memberikan tumpuan  pada satu idea pada satu- satu masa sehingga anda menjumpai cara yang terbaik untuk mengendalikan pernigaan anda.

 

Jika dilihat, hampir kesemua idea bisnes ini akan dibanjiri dengan lambakan pengusaha lain.

 

Namun yang akan membezakan mereka dan anda adalah branding yang anda tonjolkan dalam pemasaran.

 

Mereka yang mempunyai branding yang kuat dan konsisten akan terus menang.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp