DAH LAMA TERINGIN NAK CUBA KL HOP ON HOP OFF? INI PENGALAMAN KAMI DENGAN KL CITY OF LIGHTS

Written by bigadscreative

April 6, 2021

 

Memang dah lama kami teringin nak naik bas KL Hop On Hop Off ni bila nampak pelancong dari luar negara menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari atas bas dengan bumbung terbuka ni. Macam best je.

               Akhirnya pada 26hb Mac, pihak KL Hop On Hop Off telah menjemput Bigads untuk merasai pengalaman menaiki bas KL Hop On Hop Off.  Apa yang lebih menarik lagi, jemputan ini adalah untuk perkhidmatan istimewa mereka iaitu KL City of Lights iaitu tawaran istimewa untuk pelancong menikmati suasana malam Bandaraya KL. Wow!

               Jadi, ini perkongsian kami tentang pengalaman KL City of Lights. Ia adalah inisiatif dari KL Hop On Hop Off untuk menggalakkan pelancongan domestik dalam memahami dan mematuhi SOP seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengawal penularan Covid-19.

Untuk harga tiket bagi pemegang Mykad adalah RM25 untuk Dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Manakala bagi pelancong tanpa Mykad adalah RM45 untuk Dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Dan bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun adalah PERCUMA. Warga kelainan upaya dan pelajar dikenakan harga sama dengan harga kanak-kanak.

 

 

Kami memulakan perjalanan sehala melihat keindahan Bandaraya Kuala Lumpur dari kiosk KL Hop On Hop Off di Bukit Bintang dengan penuh teruja. Ketika bas mula bergerak, angin malam Bandaraya Kuala Lumpur mula menerjah ruang penumpang, satu pengalaman yang berbeza ronda ronda Kuala Lumpur berbanding dari dalam kereta. Keindahan lampu-lampu neon yang menghiasi bangunan pencakar langit, senibina bangunan bersejarah dan landskap Bandaraya Kuala Lumpur melekakan kami hingga hampir terlupa yang kami perlu merakam pengalaman ini untuk anda.

               Wakil dari KL Hop On Hop Off juga menerangkan yang mereka masih mengekalkan produk-produk lain selain KL City of Lights. Bagi operasi harian, KL Hop On Hop Off menawarkan perkhidmatan berkonsepkan bersiar-siar selama 2 jam dengan menaiki bas KL Hop On Hop Off melalui kedua-dua laluan City and Garden, manakala bagi operasi hujung minggu adalah berkonsepkan Hop On Hop Off.

               tempat menarik yang kami lawati adalah KL Tower, Aquaria, Chinatown, Muzium Negara, Istana Negara, dan Taman Botani. Untuk KL City of Lights juga, antara lokasi menarik perhatian kami adalah Pintasan Saloma, Dataran Merdeka dan KL River of Life yang kelihatan sangat berbeza di waktu malam dengan usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menaik taraf binaan dan hiasan kawasan ini.

               Keseluruhan perjalanan kami mengambil masa 2 jam 30 minit mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur. Kami setuju bahawa ianya satu pengalaman berbeza walaupun sudah biasa ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta, tapi percayalah berada di atas bas KL Hop On Hop Off memberikan anda perspektif baru terhadap Bandaraya Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada pihak KL Hop On Hop Off yang menaja perjalanan dan pengalaman kami kali ini. Tentunya kami akan menceritakan pengalaman unik ini pada kawan-kawan dan saudara mara untuk menggalakkan mereka mencuba sendiri produk KL City of Lights ini terutama bagi mereka yang tidak mahu berpanasan di waktu siang. Semoga dengan hebahan ini, industri pelancongan Malaysia akan terus gah di serata dunia

Bagi anda yang ingin mencuba pengalaman baru ini, boleh layari www.myhoponhopoff.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda juga boleh menghubungi capaian di bawah

+06 011 1230 5350

(9:00 am – 6:00 pm)

[email protected]

Facebook : Klhoponhopoff

Instagram : Klhoponhopoff

Twitter : Klhoponhopoff

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp
Share This