PENJENAMAAN SEMULA NESCAFE

 KES STUDI

ASAL USUL

Jenama NESCAFE dimulakan oleh Nestle di Switzerland pada tahun 1938.

NESCAFE adalah antara jenama kopi segera yang dijual secara aktif di 180 negara.

Pesaing utama NESCAFE adalah Starbucks dan Mondelez

Tujuan penjenamaan ini adalah untuk mengatasi pesaing ini dan menukar persepsi yang kopi segera adalah bukan kopi sebenar

Sehinggalah pada tahun 2014, NESCAFE melancarkan konsep penjenamaan REDvolution yang merupakan kempen penjenamaan yang meluas ke seluruh dunia. Ia dilancarkan di bawah nasihat agensi Publicis, CBA dan OgilvyOne

KENYATAAN DARI NESCAFE TENTANG PENJENAMAAN SEMULA

Penjenamaan semula ini merangkumi penjenamaan rekagrafik pembungkusan, komunikasi dan strategi digital untuk NESCAFE.

Kekuatan jenama NESCAFE sebagai kopi yang diminum sebanyak 5,500 cawan setiap saat seluruh dunia akan menonjolkan beberapa elemen rekagrafik utama yang menjadikan pasaran orang muda sebagai subjek

Penjenamaan semula ini juga menonjolkan accent merah NESCAFE yang disesuaikan dari simbol NESCAFE yang moden, mug NESCAFE yang berwarna merah dan hub NESCAFE yang menyerupai pandangan atas mug berisi NESCAFE

PERBINCANGAN LOGO

 

Logo NESCAFE baru yang dilancarkan selari dengan penjenamaan semula ini dibuat dengan sangat kemas. Ia memberi rasa baru pada NESCAFE tanpa perlu mengubah ekuiti jenama NESCAFE

Wordmark : Tulisan NESCAFE ditukar dari Flared Seri dijenamakan semula kepada Sans Serif yang lebih bulat. Menyerupai siganture mug NESCAFE

 

E : Rekagrafik huruf E pada NESCAFE juga dibuat supaya membulat menyerupai tangkai pemegang mug NESCAFE

 

MUG : Pandangan atas mug NESCAFE juga antara accent yang dibawa dalam strategi penjenamaan semula NESCAFE ini.

 

ACCENT : Ini adalah antara ciri yang diberi penekanan dalam strategi penjenamaan semula ini. Ada yang berpendapat ia mewakili asap yang berkepul keluar dari mug NESCAFE.

Tak kurang juga yang berpendapat ia adalah simbol burung dari logo NESTLE

Accent ini yang mencorak ekuiti jenama NESCAFE bermula tahun 2014 ini. Accent ini dibawa dalam semua penyampaian jenama NESCAFE

Kesemua ini menjadikan identiti visual NESCAFE semakin kuat dan tampil seksi di mata pasaran orang muda.

PENJENAMAAN PEMBUNGKUSAN

Antara elemen terawal menerima tempias penjenamaan semula ini dalah pembungkusan NESCAFE.

 

Walaupun untuk contoh ini, signature mug tidak digunakan tetapi accent baru NESCAFE jelas kelihatan apabila dibiarkan berwarna merah dalam Brand Guideline NESCAFE yang baru.

 

Sumber : underconsideration

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp