KETENTUAN JENAMA

(BRAND POSITIONING)

*Tajuk taknak kalah sangat kan? (hehe)

Untuk memeriahkan konten tentang penjenamaan (branding) dalam bahasa melayu di online, kami cuba jugak untuk menulis dalam bahasa melayu. Diharapkan adalah sikit sumbangan BIGADS untuk bahasa melayu.

 

Hari ni kita cuba mengupas tentang Ketentuan Jenama (Brand Positioning). Iaitu salah satu langkah penting dalam menentukan roadmap jenama, strategi penjenamaan dan penyaluran jenama (brand distribution).

Sebelum kita tahu ke mana jenama kita perlu dibawa.

Sebelum kita tahu cara apa kita mahu bawa jenama kita.

Kita perlu ambil tahu Ketentuan Jenama (Brand Positioning) kita dahulu, ok?

Macam mana nak merancang Ketentuan Jenama (Brand Positioning) ni?

 

Langkah 1 :  Jawab soalan di bawah bersama untuk analisis

1) Apa yang pelanggan anda mahukan?

2) Apa yang mampu dilakukan oleh bisnes atau jenama anda untuk memenuhi kehendak soalan (1)?

3) Apa yang digunakan oleh pesaing dalam Ketentuan Jenama (Brand Positioning) mereka?

 

Langkah 2 : Pilih pernyataan tentang Ketentuan Jenama (Brand Positioning) yang mempunyai ciri-ciri di bawah 

1) Mesti resonate dengan pelanggan

2) Mampu dilakukan oleh bisnes atau jenama kita

3) Berlainan dari apa yang dilakukan oleh pesaing kita

 

TIPS PENTING : Cuba gambarkan jenama anda dengan 3 perkataan

Contoh : Adelle Beauty – Organik, Selamat & Feminin Restoran Asam Pedas Claypot – Panas, Lazat & Berhantu Latihan ini dapat membantu kita memberi gambaran ringkas tentang jenama kita

 

Langkah 3 : Tonjolkan segala jawapan kepada soalan di atas dan pernyataan tentang jenama dalam pelbagai usaha penjenamaan seperti Identiti Jenama, Packaging, Design, Produk, Servis, Komunikasi dan sebagainya.

Contoh : Jenama BIGADS adalah sebuah agensi pemasaran dan penjenamaan yang membantu bisnes kecil dan besar untuk menjalankan kempen pemasaran yang terarah dan berkualiti Identiti Visual Warna hijau, kuning dan putih nampak menyerlah dalam semua bahan promosi dan pemasaran BIGADS

Strategi Komunikasi

BIGADS berkomunikasi dengan mendengar masalah klien, pendekatan yang pantas dan focus pada penyelesaian dan pencapaian objektif dan memberi ruang perkongsian idea dari klien.

Budaya Kerja

BIGADS dianggotai pasukan muda dan bertenaga yang sentiasa bekerja dalam suasana menyeronokkan bersama klien   Sekiranya anda mempunyai idea dan pandangan untuk dikongsi mengenai Ketentuan Jenama (Brand Positioning), silakan berkongsi di ruangan komen

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp