PEMASARAN KONTEN

(CONTENT MARKETING)

BAGAIMANA NAK BUAT?

Kali ini kita bincangkan tentang pemasaran konten (content marketing), salah satu gaya pemasaran yang semakin diambil serius oleh kebanyakan jenama terbaik di pasaran.

Cabaran bisnes masa kini adalah bagaimana mempengaruhi pelanggan untuk memilih kita?

Pemasaran konten memberi idea positif, bernilai, relevan dan konsisten kepada pasaran(market) tentang bisnes kita dan memujuk mereka secara lembut (soft) untuk mempercayai jenama kita seterusnya diterjemahkan kepada pembelian (purchase) dan kesetiaan pada jenama.

Mesej atau konten ini boleh disampaikan dalam bentuk

๐Ÿ”ธ Imej

๐Ÿ”ธ Video

๐Ÿ”ธ Infografik

๐Ÿ”ธ Ilustrasi

๐Ÿ”ธ Games

๐Ÿ”ธ Kempen awam

๐Ÿ”ธ Tutorial

๐Ÿ”ธ Case study

๐Ÿ”ธ Pengiklanan

๐Ÿ”ธ Testimoni

๐Ÿ”ธ Informasi industri

Dengan melakukan pemasaran konten (content marketing), hasil yang kita harapkan adalah

๐Ÿ”ธ Membina hubungan istimewa dengan pengguna

๐Ÿ”ธ Mencipta kepercayaan pada jenama denganย  demonstrasi kepakaran

๐Ÿ”ธ Menarik pelanggan baru dan mengekalkan mereka sebagai loyal fan

๐Ÿ”ธ Mempengaruhi persepsi positif terhadap jenama

๐Ÿ”ธ Membina & menggabungkan identiti jenama (brand identity)

๐Ÿ”ธ Memberi kenaikan pada jualan

TETAPI,

Masalah yang dihadapi kebanyakan bisnes dalam pemasaran konten adalah untuk kekal konsisten menyampaikan mesej yang disebutkan di atas. Ia terlalu renyah untuk diuruskan dan dirancang perjalanannya. Tanyalah pada mana-mana bisnes pun, ia adalah sesuatu yang perlu dibuat dengan passion dan perancangan yang padu.

Untuk memastikan pemasaran konten ini dapat dijalankan dengan lancar, tips ini boleh diikuti

1) Sediakan bajet dan staf khas untuk pemasaran konten

2) Menentukan sasaran (target audience) pemasaran kita

3) Memahami kehendak (soft point) sasaran pasaran

4) Menentukan objektif setiap strategi pemasaran konten

5) Sediakan penyelesaian dan jawapan kepada masalah (burning question) sasaran

6) Mainkan peranan sebagai pakar dalam industri

7) Menyampaikan mesej jenama dengan jelas

8) Gunakan lenggok bahasa yang digunakan sasaran

9) Rancang saluran pemasaran dengan betul

10) Optimumkan medium yang digunakan untuk menyampaikan konten

11) Tentukan cara ukur setiap strategi pemasaran konten

-Engagement -Distribution -Click Through Rate -Jualan -Perubahan pada imej jenama (brand image)

Susah kan?

Honestly, memang susah. Kita tidak mahu usaha dan kewangan kita disalurkan pada plan pemasaran yang sia-sia tanpa hasil yang tidak membantu pada perkembangan jenama mahupun jualan. Cara ke (12) adalah dengan melantik agensi pemasaran atau agensi penjenamaan sebagai salah satu dari key partner kepada bisnes kita. Dengan melantik agensi seperti ini, ia seakan-akan mempunyai sebuah department baru dalam bisnes kita yang khusus untuk melakukan kerja-kerja pemasaran konten.

 

Maka, bolehlah tumpuan kita disalurkan pada department kritikal lain yang perlukan perhatian kita sebagai pemilik bisnes atau jenama. Department baru kita ini akan menguasai pemasaran konten untuk jenama kita dengan menentukan roadmap dan milestone yang perlu dicapai sepanjang pelaksanaan strategi ini. Biasanya pemasaran konten dilakukan melalui 6 panji servis pemasaran dan penjenamaan.

 

 

The bottom line Pemasaran konten adalah sangat perlu untuk membina jenama. Dengan konten yang padu, bisnes kita dapat berkomunikasi dengan pasaran dan mencipta kepercayaan berpengaruh yang membawa kepada jualan dan survival jangka masa panjang bisnes kita. Jika anda ada sebarang cadangan dan pandangan tentang pemasaran konten, atau pengalaman anda menjalankan strategi pemasaran konten, bolehlah dikongsi di ruangan komen.

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp