Perkongsian ini adalah sedutan dari isi syarahan Iwan Setiawan, Chief Knowledge Officer dari MarkPlus Inc tentang kaedah pemasaran konten dan bagaimana merancang pemasaran ini.

Pemasaran konten (Content Marketing) dikatakan sebagai cabang praktis pemasaran yang menarik untuk dilakukan oleh sesebuah perusahaan

Kebanyakan pakar menganjurkan kaedah untuk merancang dan menjalankan Pemasaran Konten sebagai anti-pengiklanan. Marketer atau Brand Manager yang bertanggungjawab dalam menjalankan pemasaran konten sesebuah jenama perlulah faham bahawa strategi ini adalah kerja kreatif dan bukan logik di mana ianya perlu fleksibel dan perlu diubah mengikut kesesuaian

Bercakap tentang pulangan dari kempen (return on investment) pula, biasanya pengamal pemasaran konten perlu faham yang ROI dari kempen pemasaran konten tidak secara langsung menyumbang kepada jualan dan keuntungan tapi ianya boleh menyumbang kepada kempen pengiklanan yang mensasarkan jualan dan keuntungan.

Biasanya cabaran yang dihadapi oleh pengamal pengiklanan adalah kesukaran mensasarkan iklan pada AUDIENS SASARAN, MESEJ KEMPEN dan yang paling mencabar adalah MASA YANG TEPAT untuk sasaran audiens menggunakan kempen pengiklanan.

Dalam hal ini, pemasaran konten mempunyai kelebihan di mana ianya akan sentiasa relevan tidak mengira masa dan sentiasa evergreen.

 

 

Dalam merancang pemasaran konten, Kit Rekabentuk Pemasaran Konten akan digunakan :

1. Kenalpasti Industri

Di peringkat ini, setiap jenama perlu mengenalpasti di industry mana mereka berada. Ada 4 kategori iaitu BRAND, CHANNEL, SERVICE atau SALES.

 

2. Menentukan Objektif

Setiap kempen pemasaran konten perlu ditetapkan objektifnya samada ianya berbentuk KESEDARAN tentang jenama, MENGINSPIRASI sasaran audiens, menyampaikan MAKLUMAT bernilai atau MEYAKINKAN sasaran pasaran tentang jenama.

 

3. Menentukan Audiens

Setiap kempen yang ingin dilancarkan perlu menentukan audiens sasarannya. Ini penting kerana sasaran audiens yang berbeza membuat keputusan berbeza bergantung kepada faktor DEMOGRAFI, TINGKAHLAKU dan TITIK SENTUH untuk sasaran audiens berhubung dengan mesej pemasaran kita dan mengambil tindakan atas mesej pemasaran.

 

4. Tema Konten

Kempen pemasaran konten perlu memilih tema atau gaya penyampaian yang perlu digunakan sepanjang kempen. Tema ini boleh ditentukan samada berbentuk SIMBOLIK, PERSONAL, ORGANISASI ataupun menjurus kepada penerangan PRODUK

 

5. Format Konten

Setelah menentukan objektif, sasaran audiens, dan tema konten. Format konten mesti ditentukan mengikut sasaran pasaran dan pengguna konten. Sesuatu konten perlu dibawa dengan format berbeza samada berbentuk HIBURAN, INSPIRASI, MENYAMPAIKAN INFO atau MEYAKINKAN sasaran pasaran

 

6. Platform Konten

Salah satu faktor yang menentukan kejayaan pemasaran konten juga adalah platform penyampaiannya. Konten yang bagus dapat disampaikan dengan baik menggunakan platform yang sesuai dengan format konten dan sasaran audiens.

 

Di Bigads, kami percaya tiada satu platform yang lebih baik berbanding platform lain. Kesemua platform online dan offline patut digunakan dalam pemasaran konten dan bertindak secara omni. Platform ini akan menjadi titik sentuh sasaran audiens untuk melalui proses DIBERITAHU, TERTARIK, INGIN TAHU, MENGAMBIL TINDAKAN dan seterusnya REKOMENDASI

 

Untuk mengetahui bagaimana setiap langkah-langkah ini dijalankan, BACA entri seterusnya PEMASARAN KONTEN – KIT REKABENTUK (BAHAGIAN 2)

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp