Kita berjumpa lagi dalam entri PEMASARAN KONTEN – KIT REKABENTUK untuk bahagian ke-2.

Di entri ini, kita akan mengupas satu persatu bagaimana setiap langkah ini perlu dilalui oleh seorang pemilik bisnes, marketer atau brand manager.

1. Industri

  •  Industri seperti produk pengguna (consumer goods), FMCG, jenama besar yang mempunyai kewangan kukuh untuk melaburkan bajet mereka pada pengembangan jenama selalunya dominan dalam pasaran, mendapat manfaat pemasaran mulut (word of mouth) 
  •  Industri seperti Food and Beverages, Rangkaian kedai atau jenama yang memilih untuk berada dekat dengan sasaran pasaran biasanya tidak dominan dalam pasaran. Mereka hanya mahu kelihatan sebagai jenama pilihan sasaran audiens tertentu sahaja. Industri seperti ini masih mendapat manfaat pemasaran mulut dan mempunyai fanbase sendiri.

 

 

  • Industri servis seperti agensi pemasaran, e-commerce, pembekal alat ganti dan lain lain tidak biasanya mempunyai dominasi dalam pasaran tetapi berpontensi untuk dominan jika betul caranya. Tetapi dalam industri ini sangat kurang manfaat pemasaran mulut dan bersifat peribadi kepada sasaran audiens.
  • +Industri yang mementingkan jualan seperti insurans, unit amanah dan tim jualan kad kredit biasanya tidak mempunyai kelebihan dominasi dan tiada manfaat pemasaran mulut

 

 

Selepas sesuatu jenama sedar di industri mana ia berada, proses menentukan objektif lebih mudah dibuat.

Biasanya objektif bagi pemasaran konten industri BRAND dan SALES bersifat emosional. Manakala pemasaran konten untuk industri SERVIS dan SALES bersifat logik.

Objektif bagi pemasaran konten industri BRAND dan SERVIS biasanya untuk sasaran audiens yang lebih meluas dan berjalan dalam jangka masa panjang manakala industry CHANNEL dan SALES lebih fokus, prosesnya lebih cepat membawa kepada keputusan pembelian dan dijalankan dalam jangka masa pendek.

 

2. Objektif

Sasaran audiens dalam setiap industri akan respon dengan cara berbeza. Maka, objektif pemasaran konten bagi setiap industri akan dibuat dengan cara yang berlainan.

  • Industri yang mahu membawa jenama mereka kepada audiens lebih meluas biasanya meletakkan objektif pemasaran di dalam bentuk hiburan dengan emosi yang kuat untuk diingati dan seterusnya menjadi jenama dalam set pertimbangan.Jenama seperti ini selalunya sesuai untuk menaja program atau rancangan TV

 

 

  •  Industri yang mahu membina sasaran audiens yang setia dan memilih mereka perlu meletakkan objektif pemasaran mereka untuk menginspirasi dengan emosi untuk disanjung dan dikagumi.
  •  Industri yang mahu menawarkan servis kepada sasaran audiens biasanya perlu meletakkan objektif pemasaran mereka untuk mengedukasi, memberi maklumat dan meletakkan posisi jenama mereka sebagai pakar.
  •  Industri yang mementingkan jualan dan profit perlu meletakkan objektif pemasaran konten untuk meyakinkan sasaran audiens, menggunakan banyak faktor logik  dan mengatasi trauma sasaran audiens dalam membuat keputusan.

 

 

Dalam menjalankan pemasaran konten, adalah sangat penting untuk mengenal sasaran audiens dan memahami tingkahlaku mereka. Ini akan memberi kesan yang besar terhadap keberkesanan kempen

3. Audiens

  •  Demografi – umur, jantina, status perkahwinan dan pekerjaan
  •  Tingkahlaku – personaliti, hobi, tahap celik teknologi dan matlamat hidup (semasa)
  • Titiksentuh – Media yang digunakan untuk memberitahu sasaran audiens. Saluran yang digunakan untuk sasaran audiens melakukan tindakan samada pertanyaan, pembelian ataupun rekomendasi

 

Untuk mengetahui 3 lagi langkah seterusnya, baca PEMASARAN KONTEN – KIT REKABENTUK (BAHAGIAN 3)

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp