Dalam entri sebelum ini, kita telah membincangkan 3 dari 6 langkah merancang pemasaran konten.

Kali ini kita lihat pula 3 langkah seterusnya

Di langkah ke-4 kita akan membincangkan tentang tema konten dalam pemasaran konten. Ianya penting untuk menentukan gaya penyampaian

 

4. Tema Konten

    • Jenama besar dan sudah bertapak lama biasanya menyampaikan konten dengan mengetengahkan cerita jenama (Brand Story) sebagai tema pemasaran konten. Antara kekuatan jenama seperti ini adalah mereka sudah mengembangkan simbolik jenama dengan jelas
    • Bagi jenama dalam industri yang ingin mencipta fanbase mereka, biasanya metod yang berkesan dalam pemasaran konten adalah dengan menonjolkan identiti atau figur sebagai inspirasi atau teladan di samping membuat pelaburan yang tinggi dalam meningkatkan mutu servis pelanggan mereka

    • Untuk jenama dalam industri servis, tema konten yang lebih sesuai dibawa adalah dengan menonjolkan kelebihan organisasi, imej luaran yang asli dan segala tema konten yang menaikkan reputasi mereka
    • Jenama dari industri jualan biasanya akan memfokuskan konten mereka kepada menerangkan ciri-ciri produk, membuktikan kualiti dan meyakinkan sasaran audiens tentang jenama mereka

 

Dalam menyampaikan mesej kempen pemasaran konten, format konten adalah faktor penting untuk keberkesanannya.

5. Format Konten

    •  Untuk jenama yang membawa mesej hiburan kepada sasaran audiens, konten konten viral, menganjurkan peraduan dan konten konten berunsur komikal akan memberikan kesan yang bagus untuk sesuatu jenama

 

    •  Bagi jenama yang mahu menginspirasi audiens sasaran, format konten yang lebih sesuai adalah dengan menyajikan senarai top, review dari influencer atau figur berkredibliti. Di samping itu, duta juga biasanya digunakan untuk menyampaikan konten.

 

 

    • Untuk jenama yang meletakkan proriti untuk menyampaikan maklumat dan edukasi, format konten yang lebih sesuai adalah memberikan tips, tutorial dan konten berbentuk infografik. Dengan konten seperti ini, jenama akan tampil sebagai pakar dalam industri dan secara tidak langsung dilihat sebagai tempat rujukan.
    •  Industri yang ingin meyakinkan audiens sasaran perlu menumpukan kepada konten berformat brosur yang menerangkan ciri dan manfaat produk, demo dan studi kes. Konten ini mesti menumpukan fokus kepada menukarkan segala fobia audiens sasaran kepada keyakinan sehingga akhirnya mereka dapat membuat keputusan secara sedar.

 

 

6. Platform Konten

Langkah terakhir yang perlu dilalui dalam merancang pemasaran konten adalah menyediakan seberapa banyak platform yang sesuai.

Online – Media sosial, website, payment getaway

Offline – Brosur bercetak, Showroom, kiosk jualan dan pameran

 

 

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp