|PENJENAMAAN|BRANDING|

Lain Orang Lain Jawapan
Apa maksud penjenamaan (branding)? Kalau kita tak dapat bagi jawapan tepat, jangan risau. Nobody can  
Penjenamaan (branding) adalah satu tajuk dalam pemasaran (marketing) dengan reputasi maksud yang sangat kabur (vague). Jawapan yang kita dapat dari soalan “Apa itu branding?” adalah sangat bergantung pada konteks & siapa yang menjawap. Tak hairan juga kalau orang yang sama akan bagi jawapan yang berbeza di waktu yang berbeza.
Untuk rujukan paling ringkas, kami suggest baca Be the Frog dari Dan Ratner. Kita akan dapat kefahaman paling ringkas & seamless tentang penjenamaan (branding) selepas membaca buku ini
Secara ringkas jenama adalah apa sahaja yang kita feedback dari aktiviti pandang, rasa (sense), ingat, tahu & mungkin juga dengar tentang sesuatu. Kita ambil semua feeds kepada deria kita dari satu benda ini sebagai jenama (brand). Penjenamaan ialah segala proses dalam memberi maksud kepada produk, servis atau bisnes dengan mencipta dan membentuk jenama dalam minda pengguna (target audience).  
Analogi : Api telah berjaya menjenamakan kewujudannya sebagai sesuatu yang berwarna kemerahan, bersifat panas, berlawanan dengan air & boleh membawa kepada manfaat bila kecil tetapi mendatangkan bahaya kalau tidak dapat dikawal. Itulah jenama (brand) api.
Apabila seseorang menyebut pisang, kita mesti terbayang sebiji buah yang panjang melengkung, berwarna kuning, rasanya manis & tekstur isinya lembut. Kalau pisang mengeluarkan bau yang kuat, kemungkinan pisang itu sudah terlalu masak atau rosak  
BIGADS, dalam usaha penjenamaannya menekankan aspek

  • WARNA
  • CULTURE
  • SERVIS

Sebagai elemen utama yang kami mahu pasaran (market) ingat tentang kami. .  

“Jenama BIGADS dibina supaya bila satu orang sebut BIGADS di hadapan anda, anda akan terbayangkan logo BIGADS dengan warna hijau, team members yang terdiri dari orang muda kuat berusaha dan servis yang ditawarkan oleh BIGADS. Segala elemen penjenamaan (branding element) ini ditonjokan dalam website BIGADS secara jelas.”

    So, Apa elemen penjenamaan (branding element) bisnes anda? Adakah anda merancang penjenamaan (branding) bisnes anda dengan betul sekarang? Bagaimana kita mahu menonjolkan jenama (brand) menggunakan segala elemen ini? Perhaps, kalau anda kekal membaca segala idea dan perkongsian di blog ini, kami akan cuba berkongsi tips dan langkah penjenamaan berkesan untuk bisnes anda. Kami harap artikel ni dapat membantu anda memahami jenama (brand) secara konseptual. Jika anda mempunyai komen atau cadangan untuk memperbaiki artikel ini, kongsikan dengan kami di ruangan komen.  

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp