PENJENAMAAN (BRANDING)

PENTING KE?

 

“Penting sangat ke penjenamaan (branding) pada bisnes kita?”

 

“Kalau tak buat tak boleh ke?”

 

Inilah antara soalan yang selalu kita dengar terutamanya di kalangan pemilik bisnes kecil dan sederhana (SME). Ada yang disebabkan kesempitan bajet pemasaran. Ada juga yang bertanya sebab belum yakin yang penjenamaan mampu menyumbang kepada jualan.

Pada entri kali ini, kami cuba kongsikan apa manfaat membina jenama bisnes kita di samping menekankan aspek pemasaran dan jualan secara straight forward.

 

1) Pelanggan Senang Nak Ingat

Bila kita terfikir untuk membeli mee segera, apa jenama yang terbayang dalam fikiran kita sewaktu melangkah masuk ke dalam pasaraya?

Ya, betul.

Apa sahaja jenama yang anda jawab adalah hasil brandwash yang dijalankan jenama tersebut ke atas minda kita sebagai pengguna. Kan best kalau bisnes kita ada reputasi macam tu?

Pelanggan akan mudah ingat :-

  • Logo, warna dan konsep
  • Iklan
  • Gaya packaging
  • Pengalaman berkomunikasi dengan jenama
  • Harga
  • Usaha penajaan atau program

 

2) Perbezaan Dari Jenama Lain

Dengan pembinaan jenama, kita dapat menjadikan produk atau servis kita tampil berbeza walaupun sekecil bisnes pisang goreng atau kuih muih sekalipun

 

Bisnes pisang goreng yang dijenamakan akan dilihat berbeza dari deretan gerai pisang yang lain meskipun dari kebun pisang yang sama dan menggunakan minyak masak dan tepung yang sama.

 

Kita mahu memujuk pelanggan supaya bukan sahaja membeli pisang goreng, tetapi pisang goreng yang patut dibeli adalah Pisang Goreng Rangup Sambal Kicap Johor milik kita.

 

3) Berhubung Secara Personal Dengan Pelanggan

Melalui penjenamaan, produk atau servis kita dapat berhubung dengan pelanggan dengan emosi. Mesej berbaur emosi dapat disampaikan melalui penjenamaan dengan baik.

 

Ketika pelanggan datang ke kedai satay kita, mereka bukan sahaja datang untuk makan satay. Tetapi pelanggan datang membeli satay di kedai kita disebabkan memori makan satay bersama arwah ayah mereka yang kerap membawa mereka makan satay pada minggu gaji.

Emosi ini dapat ditampilkan dengan jenama. Emosi adalah elemen jenama. Bukan sahaja visual.

 

4) Pelanggan Buat Pilihan Mudah

Apabila pelanggan memilih sos cili di rak barangan pasaraya, sos cili yang dipilih adalah dari jenama yang familiar di minda mereka.

 

Dari familiarity datangnya kepercayaan

Dari familiarity terbitnya persepsi positif

Akhirnya, pelanggan memilih sos cili jenama kita berbanding sos cili yang tidak pernah dilihat iklannya, dengan packaging botol tanpa berlabel atau nama.

 

5) Jenama Yang Cool Untuk Audiens Yang Cool

 

“Same feather flocks together”

Melalui penjenamaan, ia akan menarik lookalike audience yang dapat resonate dengan usaha penjenamaan (branding) kita.

Penjenamaan motosikal jenama Vespa akan menarik mereka yang meminati jenama Vespa dari setiap zaman dahulu sampai sekarang. Ia tidak akan menarik audien yang tidak bersesuaian seperti peminat kereta Ferrari

 

 

 

 

6) Jenama Hebat Seksi di Mata Pelabur

Jenama boleh dinilaikan kerana ianya adalah aset kepada bisnes kita

 

Disebabkan ia adalah aset, ia mampu menarik perhatian pelabur yang percaya dengan perkembangan jenama kita untuk mendapat keuntungan dari perkembangan jenama kita

 

7) Jenama Dalaman (Internal Branding) Memacu Direction Pasukan

Jenama dalaman (Internal branding) adalah penjenamaan yang dilakukan ke atas organisasi kita.

 

Segala penetapan nilai-nilai di dalam organisasi kita adalah alemen jenama yang akan membuatkan organisasi kita dilihat sebagai jenama yang berharga.

 

Jenama organisasi yang jelas dapat membawa keseluruhan pasukan untuk bergerak maju menuju satu arah yang sama, bercakapa dengan bahasa yang sama, menghargai nilai yang sama seterusnya mempunyai kepercayaan yang sama dalam satu pasukan.

 

Di BIGADS, kami tidak membawa seluruh pasukan dengan menetapkan peraturan yang ketat. Sebaliknya kami menetapkan budaya kerja di kalangan pasukan sebagai ganti. Hasilnya sangat memberangsangkan dengan 5 kali ganda pertumbuhan lebih cepat dari penetapan peraturan.

 

Sekarang, adakah kita masih lagi mahu meragui kebaikan penjenamaan pada bisnes kita?

 

Perlu diingat yang jenama bukan sahaja mengenai logo, tetapi ia juga adalah pengalaman pelanggan, identiti jenama, misi dan visi syarikat sehinggalah budaya kerja keseluruhannya

 

Apa usaha usaha penjenamaan bisnes anda? Boleh kongsikan di ruangan komen

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp