Tahun 2019 menyaksikan kejayaan platform e-commerce di Malaysia terutama apabila tibanya promosi istimewa seperti Single Day, Boxing Day dan seumpamanya.

Di tahun 2020, tren pembelian e-commerce dikatakan akan kekal menjadi pilihan dan beberapa ciri pembelian akan semakin ketara

Jika anda adalah peniaga online yang sedang membina saluran e-commerce, post ini mungkin bermanfaat untuk anda

 

 

  • Google menjadi platform jualbeli

Dengan melihat banyak kejayaan platform ecommerce di tahun 2019, Google sebagai platform carian yang utama di dunia akan menjadi platform jualbeli yang patut diambil kesempatan oleh peniaga online ecommerce

Menggunakan Google Shopping untuk menempatkan ecommerce anda sebagai pilihan utama dalam keputusan pencarian akan menjadikan trafik ke ecommerce anda meningkat berbanding pesaing yang hanya mengharapkan kuasa SEO

Menurut kajian Google Shopping mampu meningkatkan sebanyak 17% jualan

 

  • Kepesatan jualbeli di media social

Semua pemilik platform media social tentu tidak mahu terlepas peluang gelombang ecommerce ini.

Di tahun 2020, anda akan melihat pelbagai fungsi baru untuk jual beli di media social akan diperkenalkan secara berperingkat. Tidak mustahil untuk anda mempunyai matawang sendiri untuk media social tertentu. Siapa tahu?

Mana tahu LIKES dan SHARE anda akhirnya bernilai untuk membeli kan?

 

 

  • Teknologi AR & VR

Elemen ini telah pun nampak dimulakan di tahun 2019, menggunakan teknologi AR & VR untuk mengatasi kelemahan kembara pembelian pelanggan ecommerce yang tidak dapat merasa dan memegang produk secara fizikal

Teknologi AR & VR dijangka dapat memberi pengalaman kedai fizikal kepada pelanggan ecommerce. Sekurang kurangnya separuh dari pengalaman itu.

 

  • Produk suai pilih

Antara yang akan menjadi hit di tahun 2020 adalah fleksibiliti produk ubah suai yang dijual di ecommerce

Tingkahlaku pelanggan akan lebih menginginkan kebebasan membuat pilihan sekecil mungkin. Pembelian pakej tidak lagi menjadi pilihan utama kerana kesemua produk di ecommerce telah pun menjadi murah secara relatifnya.

 

  • Kaedah pembayaran fleksibel

Ini adalah elemen penting dalam ecommerce, platform ecommerce yang akan menjadi pilihan adalah platform yang mempunyai fleksibiliti dalam kaedah pembayaran mereka

Pelanggan mahu pembelian mereka bebas masalah terutamanya selepas mereka sudahpun membuat keputusan pembelian. Seharusnya urusan pembayaran sudah bukan lagi masalah.

 

DAH SEDIA UNTUK ADA ECOMMERCE SENDIRI DI TAHUN 2020?

Bigads menawarkan servis membina platform website e-commerce lengkap dengan servis selepas terbit seperti latihan kepada staff, khidmat SEO dan sebagainya. Jangan ketingggalan dengan pesaing anda. Hubungi kami hari ini untuk mendapat tawaran istimewa

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp