RAMALAN 2020 : TREN JENAMA YANG ANDA PERLU TAHU DI TAHUN 2020

Written by bigadscreative

March 30, 2021

 

Di tahun 2020 ini, adalah semakin mencabar untuk mencuri perhatian pasaran terhadap jenama kita dan mesej yang ingin kita sampaikan

Kebanyakan jenama besar telah pun memulakan strategi lebih kemas untuk memastikan jenama mereka kekal relevan di dalam pertimbangan pasaran sasaran mereka.

Ini adalah sebahagian pendekatan jenama besar di tahun 2020 yang patut bisnes SME ikuti

 

 

 

1) Penyesuaian semula logo

Jika anda perhatikan jenama jenama besar sudahpun membuat penyesuaian semula logo masing masing untuk kekal relevan secara visual di mata pasaran sasaran

Penyesuaian semua ini termasuklah meringkaskan bentuk logo, membina logo logo versi symbol sesuai dengan platform berbeza di TV, digital dan mobile.

Langkah ini dibuat untuk sentiasa mengingatkan pasaran sasaran tentang jenama mereka tidak kira di mana sahaja peluang ini berada.

 

 

 

2) Konten imej berjenama (Branded image)

Bagi semua bisnes tidak mengira industry, pasaran sasaran kita tetaplah manusia. Manusia respons terhadap konten visual. Disebabkan itu, konten visual adalah penting dalam pembawakan jenama kita.

Dengan algorithm media social yang telah diubah kepada lebih mendapat feeds dari Friends dan Family berbanding konten pengiklanan, konten imej berjenama adalah strategi yang akan terus menjadi tren pembawakan jenama

Ia boleh jadi dalam bentuk GIF, grafik, video, atau apa sahaja yang menangkap visual pasaran sasaran dengan secara tak langsung mengingat jenama kita apabila mereka menggunakan konten visual kita.

 

 

 

3) Penjenamaan media social

Di tahun 2019, 90% dari jenama menggunakan platform media social untuk menyampaikan mesej jenama mereka dengan pelbagai format

Sebagai contoh Twitter untuk konten bertulis dan Instagram untuk konten visual

Tren ini dijangka akan kekal relevan di tahun 2020. Media social akan terus dijadikan peluang untuk jenama memperlihatkan estetik jenama mereka kepada pasaran sasaran tanpa gagal.

Ia adalah lubuk perhatian pasaran sasaran sekarang dan di masa akan dating. Jika jenama anda tidak mempunyai visibility di media social, anda tidak wujud!

 

4) Hashtag rasmi

Kuasa hashtag tidak boleh diperlekehkan. Ia mampu menjadi peluru kepada perang persepsi antara jenama yang berlaku di media social

Ia mampu memberikan gambaran yang anda mempunyai tribe yang kuat dan secara tidak langsung menarik pasaran baru yang tidak mahu ketinggalan dalam arus perkongsian di media social.

Jika anda sebagai pengurus dan pemilik jenama mampu mencipta 10 hashtag yang akan sentiasa digunapakai oleh pasaran sasaran anda, anda menang dalam perang ini.

 

5)  Komuniti online

Jika anda seorang pengurus dan pemilik jenama, memiliki platform untuk pelanggan sedia ada anda untuk bertukar tukar pandangan, bersosial dan memberikan pendapat adalah lubuk maklumat untuk panduan jenama anda.

Interaksi pelanggan datang dalam pelbagai bentuk, komen, mesej, panggilan telefon, emel dan juga balasan dalam topik di portal forum.

Berdasarkan kajian, 37% dari pelanggan bersikap setia kepada sesuatu jenama adalah kerana akses mereka kepada komuniti online yang diuruskan jenama yang mereka sukai

2 dari 3 jenama yang mempunyai platform komuniti online pula mengatakan jualan mereka memang mendapat kenaikan yang konsisten kesan dari kuasa komuniti online.

 

6)  Ketelusan

Di tahun 2019, Edelman Trust Barometer menunjukkan hanya 34% pelanggan mempunyai nilai kepercayaan tinggi terhadap jenama yang mereka berurusan. Selebihnya merasakan tidak ada nilai ketelusan dari jenama jenama tersebut. Mereka masih merasakan sedikit diperdaya atau dikelirukan dalam penyampaian mesej jenama yang mereka terima

Dari laporan lain juga menunjukkan 86% dari pelanggan mengatakan ketelusan sesuatu jenama adalah factor utama pembelian mereka.

Sebagai contoh jenama terkenal McDonalds yang berdepan risiko ketidakpercayaan pasaran mereka terhadap ramuan dan bahan masakan dalam resipi mereka terus melancarkan konten visual yang memaparkan di sebalik tabir pembuatan sebuah burger Mc Donalds. Mereka juga terus melancarkan kempen “Our Food, Your Questions” untuk bertindak reseptif terhadap persoalan dari pasaran sasaran tentang kualiti bahan dan resipi mereka.

 

 

 

 

7) Inklusif

Di tahun 2020, tren yang menjadikan jenama diterima oleh pasaran sasaran mereka juga adalah jenama yang Berjaya bersikap inklusif dan tidak menjadikan jenama meraka asing bagi sesetengah sub pasaran sasaran

Contoh jenama kosmetik tidak hanya menyasarkan golongan yang memang telah sedia lahir lawa, mereka juga harus mewakili pasaran mereka yang bersaiz besar, mempunyai kulit gelap dan golongan yang lebih konservatif untuk menerima mesej jenama kosmetik mereka.

 

8) Kesejahteraan sejagat

Generasi akan datang mempunyai kecenderungan bersikap positif terhadap jenama yang membawa Bersama mereka mesej untuk kesejahteraan sejagat

Contohnya jenama yang mementingkan bahan eco friendly akan mendapat respo positif dari pasaran sasaran mereka yang lebih muda kerana mereka mahu ikut serta memelihara alam sekitar dan merasakan ianya adalah satu hal yang terhormat untuk dilakukan

Di samping mendapat kekuatan jenama dari pasaran sasaran, ia juga dapat memberi imej positif pada jenama kita di samping dapat mengekalkan kemakmuran dunia untuk bisnes terus berjalan dengan baik.

 

9) Memanusiakan jenama

Banyak kes studi yang menunjukkan pasaran lebih suka kepada jenama yang Berjaya bertindak seperti manusia bila berinteraksi dengan pelanggan

Di Malaysia, jenama yang dikenali Berjaya melakukan ini adalah RapidKL, Dominos dan Air Asia.

Kajian menunjukkan 86% pelanggan sukakan jenama yang jujur, 78% kepada jenama yang boleh membantu mereka secara personal, 72% suka kepada jenama yang humor dan 43% suka kepada jenama yang mengikut peredaran masa.

 

10) Teknologi

Di tahun 2020, tren menunjukkan sikap pasaran sasaran yang lebih suka berurusan dengan jenama yang menggunakan teknologi bagi memudahkan urusan dengan pelanggan.

Antara bentuk teknologi yang dimaksudkan berdasarkan kajian adalah 68% dari aplikasi mobil, voice assistants 40% dan teknologi VR 37% disamping banyak lagi bentuk teknologi yang akan terus berkembang di tahun 2020 ini.

Dengan kepesatan penggunaan teknologi ini juga akan menyuburkan pembelian smartphone yang lebih canggih.

 

 

11) Kerjasama influencer mikro

Menurut kajian oleh Rachel David, influencer akan terus menjadi sebahagian dari praktis pemasaran dan penjenamaan di tahun 2020. Bila anda mendapat influencer yang tepat untuk mewakili jenama anda, anda tidak perlu risau samada mesej jenama anda sampai kepada audiens sasaran atau tidak.

Influencer ini telahpun menjadi autoriti dalam niche pasaran yang anda mahu tembusi dan perhatian audiens mereka akan tertumpu pada mereka.

Antara industry yang dilihat berhasil menggunakan strategi influerncer ini adalah industry gaming dan kecantikan.

 

12) Figital

Menyeimbangkan antara pengalaman fizikal dan digital ialah kunci kejayaan jenama. Kerana pelanggan hari ni bukan sahaja hidup di dunia fizikal tetapi separuh dari hidup mereka sehari hari adalah di dunia digital.

Apa sahaja kempen penjenamaan atau pemasaran di tahun 2020 perlu menggabungkan kedua dua pengalaman fizikal dan digital atau dipanggil pengalaman figital.

 

 

13) Pengiklanan anti iklan

Sejak beberapa tahun lepas, pasaran sudah mulai muak dengan iklan. 9 dari 10 pasaran tidak memberi respon positif terhadap iklan terutamanya apabila mereka menggunakan media social.

Untuk mengatasi cabaran ini, kebanyakan jenama mula menghasilkan bahan promosi berjenama dengan menggunakan mindset anti iklan.

Akan tetapi, strategi ini lebih efektif bila jenama anda adalah jenama yang sudah sebati dengan pasaran. Objektif strategi ini sesuai untuk mengingatkan pasaran tentang jenama anda.

 

 

MAHU MELONJAKKAN JENAMA ANDA DI TAHUN 2020?

Di Bigads, kami membantu pemilik dan pengurus jenama merangka strategi untuk melonjakkan jenama mereka lebih jauh. Hubungi kami hari ini untuk mendapat tawaran istimewa khas untuk pembaca post ini.

 

 

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp
Share This