SENARAI PANAS IKLAN RAYA 2021 NI BUAT KITA SEDAR DEFINISI #KITAJAGAKITA

Written by Adam Raffi

May 10, 2021

“Rasanya tak dapat balik raya ni ma ☹”

 

Aku tekan butang send ke bonda di kampung. Aku lepaskan baki nafas di dada.

Itu selepas aku dengar pengumuman larangan rentas daerah MCO 3.0 oleh Dato Sri Ismail Sabri

 

Jujurnya raya tahun ni, aku ada letakkan sedikit harapan beraya di Sg Besar. Pagi raya bersama keluarga. Makan ketupat dan rendang. Kalau nasib lebih baik, boleh merasa sambal taun 3 hari. Aduhhai

 

Tapi,

Kita semua ada perjuangan untuk melawan wabak Covid-19 ni.

Dan perjuangan ni menyedarkan kita yang memang kita yang mesti menjaga diri kita. Bukan orang lain. Bukan pemimpin yang kita undi atau tak pernah undi.

 

Aku tengah pujuk diri sendiri je sebenarnya ni. Aku bukak Youtube. Tengok iklan raya.

Sebagai mengeruhkan lagi emosi.

 

Di sini, kami senaraikan iklan raya tahun 2021 yang buatkan kita lebih sedar yang di musim pandemik ini, memang benar #KITAJAGAKITA

 

1. DIGI – Andaian

 

 

 

DIGI menjadi antara jenama telco yang terawal mengeluarkan iklan rayanya tahun ini.

Rata-rata respon di media sosial menobatkan iklan ini antara yang tersyahdu selain iklan dari SAJI tahun ini walaupun nampak sangat kurang brand placement dalam iklan ini.

 

Dilakonkan oleh Tok Ayah Namron sebagai Pak Amin dan anak perempuannya Aliyah dilakonkan oleh Sharifah Amani, ini bukan iklan biasa-biasa

 

Buku 555 yang menjadi medium pergeseran idea Siti & Pak Amin tentang memberi akhirnya menjadi alat penyatuan rasa antara keduanya

 

Cuma masalah aku adalah, 2 mesej dalam iklan dirasakan terlalu banyak.

Di awalnya tentang tidak membuat andaian terhadap perkara yang kita tidak ketahui

Dan di akhirnya lebih kepada perkongsian rezeki dan keikhlasan memberi

 

Sekurang-kurangnya iklan ini buat kita sedih kerana 2 faktor

+ Kejernihan hubungan ayah & anak

+ Fakta yang hanya kita mampu diharap untuk membantu sesama kita di waktu sukar, bukan pemerintah. Ini fakta yang memilukan.

 

Tonton ‘Andaian’ dan rasai kebenaran 2 fakta ini dan komen pendapat anda

 

2. MAXIS – Raya Si Sakan

 

 

Ini antara iklan raya yang sweet tahun ini.

 

Watak suami berusia yang dilakonkan oleh Abang Aziz M.Osman sangat berkesan

Pulling that face is not an easy thing to do

Seketika kita lupa watak Pak Jabit dalam 18 Hari Puasa

 

Kerjasama Maxis dan Shopee ini dilihat sangat memfokuskan tentang membantu peniaga kecil tempatan dan ekonomi SME dalam mengharungi kesan pandemik ini.

 

Kami pasti kredibiliti jenama Maxis dan Shopee sebagai jenama yang agreeable dan relatable akan meningkat dengan iklan raya ini

 

Iklan berdurasi 3 minit ini sangat jelas mesejnya iaitu

Berkongsi nikmat perayaan bersama melebihi tradisi

Hashtag #Nikmatirayabersama sangat jelas dibawakan dalam iklan ini

 

Syabas Maxis dan Shopee.

Tonton iklan ini dan sokong peniaga tempatan

P/s : Peniaga pulak jangan sibuk tayang kereta besar bila dah berjaya. Buatlah kerja membantu komuniti. Orang berbudi kita berbahasa. Tak gitu?

 

3. SAJI – Mangkuk Tingkat Mak Teh

 

 

 

 

Kami nobatkan iklan SAJI 2021 sebagai iklan paling syahdu tahun ini

Kalau tak kuat, memang tersekat jugak dada menahan sebak

Iklan yang dikatakan ilham dari kisah sebenar ini mengisahkan watak Mak Teh lakonan Fatimah Abu Bakar, seorang ibu tunggal yang mengubat rindu pada arwah suaminya, Abang Din dengan memasak.

 

Lakonan kesemua watak yang sangat berkesan membuatkan mesejnya sangat lancar disampaikan

Kasih tulus kekal abadi, Seikhlas hadiah dari hati.

Brand placement juga dimainkan dengan baik oleh SAJI

 

Mesej yang selari dibawakan dengan momen masyarakat dan keluarga yang memberi sokongan di waktu sukar mudah dicerap ketika pandemik ini di samping momen hari raya.

 

Standing oviation untuk team produksi iklan raya SAJI 2021

Tonton dan sediakan tisu. Lebih lebih lagi jika anda sudah kehilangan ayah. Al-fatihah untuk orang tua kita.

 

4. MR DIY – Kerana Azman

 

 

MR DIY secara relatifnya bukanlah jenama pilihan untuk battle of iklan raya

Tapi, produksi tahun ini tidak mengecewakan pada pandangan aku

 

Tanpa pelakon terkenal dalam iklan ini, ia masih mampu menyampaikan mesej jelas pada penonton

Lakonan 2 orang pelakon kanak-kanak juga sangat baik dan berjaya.

 

Dengan menumpukan mesej mengenai golongan pekak bisu, iklan ini sangat memberi inspirasi pada masyarakat untuk berbuat baik walaupun dengan kekurangan yang ada.

 

Yang penting semangat untuk berbuat kebaikan sesama sendiri dan menginspirasi bangsa.

Ini naratif penting untuk bangsa Malaysia yang patut kita galakkan dalam penerbitan iklan tempatan

 

Tonton iklan MR DIY ini. Anda pasti menyukainya.

 

5. PERODUA – Baju Siapa

 

 

PERODUA meruapakan satu satuya jenama automotif dalam senarai ini.

Tapi, tahun ni iklannya boleh tahan.

Secara peribadi, lakonan watak utama yang juga narrator iklan ini mampu menyaingi superstar iklan raya, Aida.

 

Dengan naratif Kedai Dobi D’cuci, ia membawa mesej silaturahim dan bantu membantu.

Apa yang aku puji tentang produksi ini adalah videografi dan susunan muzikalnya yang membuatkan iklan raya ini tidak jemu diikuti sampai habis.

 

Lebih bagus dari kebanyakan drama melayu pukul 7

 

Indahnya silaturahim bila berbudi tidak berkira masa dan tenaga

Mesej ni sangat penting di kala negara sedang dilanda kesukaran

Dengan segala keruncingan yang kita hadapi setiap hari, silaturahim dan semangat bantu membantu sahajalah yang tinggal untuk menyelamatkan kita dan membawa kita keluar dari kesukaran ini

 

Untuk iklan ni, aku cume berharap ada logo PERODUA besar sikit di uniform Amir bagi membawa identiti jenama PERODUA

 

Tonton iklan raya PERODUA ini. Ada nilai baik yang boleh anda mulakan dari hari ini.

 

6. MYDIN – Pulanglah Nak

 

 

Iklan raya ada Wan Maimunah, aku confirm klik.

Kami senaraikan iklan raya MYDIN di sini kerana ada keistimewaan yang mereka bawakan

Lakonan Ibu memang tak payah dipertikaikan lagi

 

Iklan ini menampilkan bekas pesakit covid-19 sebenar, Azura Mazaruddin dan kehilangan suami yang tidak berjaya sembuh dari jangkitan dalam iklan ini.

 

Memaparkan stigma masyarakat terhadap pesakit covid-19, ini mesej penting yang sering terlepas pandang oleh semua orang dalam kita sama-sama menghadapi pandemik ini.

 

Semua dari kita mesti memainkan fungsi dalam memberi sokongan kepada pesakit covid-19, menjaga keselamatan keluarga dan orang lain, bertanggungjawab atas kawalan kendiri untuk memastikan keadaan dapat dikawal dengan lebih mudah.

 

SEMAKIN BAIK

 

Sebagai peminat iklan raya, aku rasa tahun ni semua produksi membuat pelaburan yang banyak untuk menghasilkan konten dan mesej yang terbaik

 

Mesej jenama berjaya disampaikan di samping mesej perayaan dan semangat bermasyarakat dalam setiap iklan raya tahun ni

 

Latar tempat dan pemilihan lokasi juga adalah antara yang menarik minat aku untuk menonton iklan raya tahun ini. Ada feel Malaysiana

 

Selain dari yang tersenarai, ada banyak juga iklan raya yang hebat hebat

Tak cukup ruangan ni untuk kami senaraikan semuanya

 

SPECIAL MENTION

 

Senarai iklan di bawah ini pula kami masukkan sebagai special mention atas usaha menghasilkan iklan raya yang sangat best!

Susunan muzikal yang menghiburkan dan visual yang berjaya membawa identiti jenama masing-masing tanpa mengorbankan tema raya

 

PETRONAS – Syukur Raya

 

 

TNB – Hikmah Raya Aida

 

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp
Share This