Melihat pada carta penggunaan data di telefon saya, jelas sekali Youtube adalah platform paling sering digunakan dalam sehari hari.
Bila saya scroll video cadangan dari Youtube
Baru saya perasan satu hal
Kebanyakan konten yang saya tonton adalah dari negara seberang
Ada beberapa hal yang menjadi punca iri hati saya tentang negara jiran
Bilangan konten yang bercakap mengenai bangsa dan negara adalah sangat banyak
Yang lebih menarik, setiap 2 atau 3 rangkap ucapan, pasti mereka menyebut tentang Bangsa Indonesia dengan semangat
Mereka ini yang disebut sebagai narrator atau storyteller bangsa
Apabila kita menonton, membaca atau mendengar konten dari pencipta konten seperti ini
Ia adalah kombinasi kefahaman yang dalam dan harapan yang tinggi
Tentang bangsa & tentang halatuju negara
Dengan artikulasi yang baik
Kemudian saya bertanya
Di Malaysia, siapakah storyteller & narrator yang boleh kita ikut untuk memahami bangsa?
Tidak bersifat eksklusif & mudah dicapai kontennya
Maka ini senarai storyteller & narrator terbaik mengikut pandangan kami
1. JOHN BEAR
Mungkin tak semua dari anda mengenali nama ini, tapi Izzul Faiz Idrus atau lebih dikenali di dunia digital dengan panggilan John Bear adalah individu menarik yang perlu diletakkan dalam senarai ini
Memiliki latar belakang sarjana, John Bear juga adalah frontman kepada kumpulan muzik Budak Nakal Hujung Simpang yang membawakan muzik dengan genre ska & reggae.
Beliau semakin meningkat popular sebagai storyteller apabila muncul dalam video yang diterbitkan di saluran Youtube ML Studio.
Anda perlu menonton video John Bear sebelum anda memahami kenapa saya rasa nama beliau patut ada dalam senarai ini
Jika anda mengikuti temubual yang dibuat dengan beliau, anda akan menyedari yang John Bear bukanlah seorang yang sekadar merapu tak tentu hala
Di sebalik gurauan dan penyampaian beliau yang bersahaja,
John Bear mampu membuatkan audiens belajar topik serius dengan cara yang santai
Maka, kami nobatkan John Bear sebagai antara storyteller terbaik dan terkini di Malaysia
Sempoi bak hang!
2. JIMAN CASABLANCAS
Mat rock mana pulak ni?
Itu apa yang terpacul dari mulut saya ketika pertama kali melihat foto Jiman Casablancas di dalam sebuah majalah gaya hidup beberapa tahun dulu
Sejak dari itu, saya sering melihat nama beliau terpapar di mana mana editorial
Yang menarik tentang Jiman adalah beliau berjaya menggarap minatnya dalam fesyen, muzik, filem, budaya dan latar belakang guamannya setiap kali beliau menyampaikan konten
Samada ianya dalam bentuk tulisan, stail fesyen, acara pentas atau sekecil kecil instastory dan spotify playlist
Kebolehan penceritaan beliau sangat saya kagumi
Tidak hairanlah beliau kini membuka firma perhubungan awamnya sendiri, JCPR dan mula mendapat klien klien hebat dari sektor swasta dan awam
Sosok seperti Jiman Cassablancas, bercerita tentang lemang sahaja akan membuatkan anda belajar mengenai banyak perkara tentang budaya dan bangsa
Siap dengan muzik latar
Dan untuk itu, kami senaraikan Jiman Cassablancas sebagai storyteller terbaik di Malaysia
3. HAJI ZAINAL RASHID
Jika di Indonesia, mereka ada Gita Wirjawan dan Helmy Yahya sebagai antara pencipta konten bermutu di Youtube
Di Malaysia,
Saya fikir kita ada kombinasi Gita Wirjawan dan Helmy Yahya dalam satu tubuh
Beliau yang saya maksudkan adalah Tuan Haji Zainal Rashid
Secara jujurnya, saya pun baru mengenali individu hebat ini
Selain berpengalaman luas, Tuan Hj Zainal Rashid dilihat sangat cekap bercakap di hadapan kamera
Dengan latar belakang dunia penyiaran, beliau sangat professional dalam mengulas isu semasa
Apa yang lebih mengagumkan saya adalah cara beliau mengupas sesuatu isu rujukan maklumat kualitatif & kuantitatif
Segala data diterjemah ke dalam statistik dengan terperinci
Segala emosi dapat dirakam dalam huraian
Sebelum beliau gabungkan kedua dua elemen ini dalam penceritaan
Fakta menarik tentang beliau adalah beliau memiliki saluran Youtube sendiri dengan nama Garasi TV
Selain dari sesi video streaming yang dibuat di media sosial untuk berkongsi ulasan isu semasa,
Platform ini juga digunakan untuk membuka bidaaan pakaian vintaj yang menjadi minat dan perniagaan beliau
Menarik kan?
Disebabkan usia dan pengalaman bekerjanya juga, barisan tetamu yang diundang ke Garasi TV juga bukan calang-calang orangnya.
Harapan saya supaya Tn Haji Zainal dapat menarik seramai mungkin audiens
Mana tahu ada saluran TV sendiri pula selepas ini
4. YASMIN AHMAD
Al-fatihah untuk beliau yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu
Nama Yasmin Ahmad perlu ada dalam senarai yang kami buat ini
Beliau antara narrator yang berjaya merakamkan momen perasaan bangsa dengan jujur dalam setiap hasil kerja beliau
Jika kebanyakan nama nama di atas menyampaikan konten dengan kemahiran bercakap,
Yasmin Ahmad menterjemahkan eskpresi beliau melalui filem dan iklan komersial yang beliau arahkan selama beliau hidup
Kekuatan penyampaian mesej dengan cara paling relatable menyebabkan rakyat Malaysia mengingati hasil kerja beliau hingga ke hari ini
Yasmin Ahmad sememangnya storyteller dan narrator bangsa yang dikagumi
Ditulis oleh :
Di usia 30-an, Adam Raffi, Pengarah & Konsultan Jenama di Bigads Sdn Bhd berpengalaman memberi konsultansi kepada lebih 300 jenama dari sektor SME dan korporat di Malaysia. Minat dalam bidang penghasilan konten mempengaruhi minatnya membaca, mendengar & menonton konten berkualiti dari dalam & luar negara. Di samping khidmat konsultansi, dia juga memiliki beberapa perniagaan lain dalam industri berbeza.
gila babi john bear