7 TIPS FOTOGRAFI TINGKATKAN CONVERSION RATE ANDA.

Written by bigadscreative

April 21, 2021

7 TIPS FOTOGRAFI PRODUK UNTUK TINGKATKAN CONVERSION RATE ANDA

Tahukah anda bahawa manusia ni mengambil masa lebih kurang 50 milisaat untuk menentukan sama ada sesuatu perkara itu menarik ataupun tidak.

Begitu juga dalam product design dan gambar.

Menarik atau tidak produk anda bergantung kepada keputusan yang dibuat pelanggan anda dalam tempoh 50 milisaat ini.

Gambar produk anda merupakan muka depan kepada perniagaan anda

Maka daya kreatif yang tinggi diperlukan untuk menarik minat pelanggan dalam tempoh 50 milisaat ini.

Kita mahu memenangi hati pelanggan dalam tempoh ini

Jika gagal menarik minat mereka dalam tempoh tersebut

Maka jangan hairan mengapa conversion rate produk kita rendah.

Ramai pemilik perniagaan mementingkan gambar yang cantik semata-mata

Akan tetapi gambar yang cantik sahaja tidak mencukupi

kerana gambar yang  cantik tak semestinya berpotensi untuk membuat jualan

Gambar yang cantik tapi tidak mempunyai nyawa akan hilang nilainya di mata pelanggan.

Di dalam artikel ini kami akan terangkan 7 tips fotografi produk yang sesuai untuk semua niche produk dan mungkin membantu  lagi gambar produk anda.

Awas!!

Conversion rate produk anda mungkin terlampau tinggi sampai anda tidak sanggup nak packing produk selepas mengamalkan 7 tips ini.

 

 1. Cipta pengalaman

Semasa proses product shoot anda

Penting untuk tidak hanya memikirkan penggunaan latar belakang dan positioning produk anda semata-mata

Anda perlu menggunakan latar belakang yang bersesuaian dengan produk anda untuk mengetengahkan nilai dan fungsi produk anda.

Anda mungkin pernah mendengar pepatah:

“Jangan jual tilam, tapi jual tidur yang nyenyak.”

Aplikasikan perkara yang sama untuk produk anda.

Jika anda menjual baju melayu, gunakan latar belakang yang bersesuaian

Sebagai contoh di bilik tidur untuk menunjukkan betapa selesanya baju melayu anda.

Jika anda menjual makanan, ambil gambar produk anda dan cipta nilai yang sangat dekat dengan manusia atau komuniti.

Paling mudah  nilai kekeluargaan.

Terapkan nilai kekeluargaan dalam gambar sebagai push point nilai produk anda.

Gambar yang mempunyai nilai yang dekat di hati pelanggan selalunya memudahkan pelanggan untuk membayangkan diri mereka menggunakan produk anda.

Tips Ini amat membantu untuk menjual produk anda dengan mudah

Kerana pelanggan yang mampu membayangkan diri mereka menggunakan produk anda akan sentiasa mengingati nilai produk anda.

 

 

 

 

Contoh mudah ialah produk Listerine.

 

Listerine banyak menerapkan nilai  seperti boost keyakinan diri dengan latar di khalayak umum

Pelanggan yang mempunyai masalah mulut berbau akan memilih Listerine kerana nilai yang Listerine ketengahkan  diingati oleh pelanggan

Dah mula terbuka ke minda tu nak ambil gambar macam mana?

Apa kata tengok tips yang seterusnya ni pula

 

2. Gunakan props

Menggunakan props adalah cara lain untuk membantu dalam meningkatkan imaginasi pelanggan anda.

Jika anda mempunyai produk yang digunakan secara berasingan

Anda juga boleh menggunakan produk tersebut sebagai props.

Sebagai contoh anda menjual baju melayu

Gunakan props seperti tengkolok, songkok, sampin atau loafer untuk membantu pelanggan membayangkan mereka memakai produk anda yang lengkap digandingkan dengan variasi perhiasan lain.

Jika anda menjual pizza atau makanan

Gunakan props seperti botol sos atau apa sahaja yang sesuai digandingkan dengan produk anda 

untuk memudahkan pelanggan meneroka imaginasi mereka.

Props ini juga merupakan push factor yang akan membuatkan gambar anda lebih menarik

 

 

 

 

Sebagai contoh produk ayam goreng McD

Mereka menggunakan rempah ratus sebagai props dalam gambar mereka untuk membantu pelanggan menggambarkan dengan pancaindera rasa ayam tersebut.

Anda mungin pernah dengar pelanggan komen

“dalam ads tengok macam sedap tapi indah khabar dari rupa je, takde rasa kari pun”

Anda agak-agak kenapa ini terjadi?

Ya, Betul

Kerana mereka dah bayangkan macam mana rasa produk tersebut dengan rempah ratus seperti apa yang digambarkan dalam gambar produk.

Dah mula dapat gambaran macam mana nak rangsang pancaindera pelanggan anda hanya dengan gambar? Cukup ke dua tips ni?

Apa kata teruskan membaca untuk powerkan lagi gambar produk anda.

 

3. Gunakan macro shot

Gunakan macroshot untuk tunjukkan detailing produk anda.

Bantu pelanggan  untuk mengenal produk anda dengan menunjukkan setiap details produk anda

Hal ini untuk mengelakkan salah faham pelanggan ke atas produk anda

Jika anda jual produk kecantikan

Tujukkan details packaging produk anda

Tunjukkan juga tekstur produk anda dan warna produk anda tanpa suntingan yang melampau.

Jika anda menjual produk makanan

Tunjukkan gambar yang menunjukkan kesegaran produk anda

Tunjukkan bagaimana produk anda dimasak serta bahan-bahan masakan anda.

Berikut adalah beberapa contoh makro shot yang anda boleh contohi:

 

 

 

 

Makro shot ini membantu bakal pelanggan atau pelanggan anda mengenali produk anda.

Pelanggan akan segera melabel produk anda berdasarkan details produk anda 

 

Sebagai contoh product line lipmatte

Boleh jadi pelanggan melabel produk anda sebagai lipmatte dengan tekstur yang pekat.

Contoh lain adalah seperti makanan:

Boleh jadi pelanggan mengenali perniagaan nasi arab anda sebagai nasi arab dengan portion yang besar.

Anda disarankan anda untuk terus push Unique Selling Point (USP) produk anda kepada pelanggan.

Tips ketiga dah buat anda berhenti membaca sebab power sangat?

Sabar….

Tarik nafas dan teruskan membaca.

 

4. Tujukkan variasi produk

Bagi penjualan secara atas talian pelanggan suka apabila mereka diberi pilihan untuk memilih produk anda

Jika anda mempunyai banyak variasi produk

Cuba untuk letakkan  kesemua product line anda dalam satu gambar.

Anda juga boleh mengambil gambar product line anda kepada mengikut pecahan pakejuntuk membantu pelanggan melihat secara jelas produk anda.

Secara logiknya kalau anda tak tunjukkan variasi produk, orang pun tak kenal produk anda.

Jangan ambil mudah dengan membiarkan imaginasi pelanggan meliar memikirkan variasi produk kita.

Bimbing imaginasi mereka dengan memastikan kejelasan setiap satu produk kita

Walaupun variasi produk kita hanya berbeza dari segi warna sahaja kita bertanggungjawab untuk menunjukkan variasi tersebut.

Berikut contoh variasi produk yang anda boleh gunakan:

 

 

 

 

Perlu ke tunjuk isi produk sekali? Ke packaging je?

Ya, perlu

Perlu tunjuk semua variasi produk dari packaging sehingga ke produk anda supaya pelanggan anda jelas untuk memilih.

Ada rasa berdosa tak baca poin nombor 4 ini sebab tak tunjuk variasi produk dekat pelanggan?

Dah marah-marah kenapa orang tak membeli

Rupa-rupanya kita yang tunjuk variasi produk ala kadar je.

Sebagai penjual kita juga perlu meletakkan diri kita di perspektif pelanggan untuk memahami mereka.

Teruskan membaca kalau nak terus rasa berdosa

 

5. Gambar 360 darjah

Selain variasi produk, pelanggan juga suka untuk melihat produk kita dari setiap sudut.

Gambar 360 darjah ini bertujuan untuk memberikan pelanggan anda keselesaan untuk membeli

Poin nombor 5 ini kebiasaannya berkait rapat dengan niche fashion

Kerana jika diperhatikan, di butik-butik atau di kedai pakaian

Pelanggan gemar untuk membelek dan memegang produk sebelum membuat pembelian.

Sebagai online seller, cuba berikan pengalaman yang hamper sama seperti yang butik tawarkan untuk memberi keselesaan kepada pelanggan anda.

Berikut merupakan contoh 360 darjah yang anda boleh contohi:

 

 

 

 

Gambar setiap sudut ini juga sama pentingnya dengan gambar variasi produk.

Jika pelanggan tak faham produk anda dan tak kenal produk anda mereka akan kurang tertarik kepada produk anda

Kalau anda dah bersemangat lepas baca poin nombor 5 ini

Boleh lah ambil phone canggih anda untuk reshoot semua produk anda.

Tapi tak kan lah nak berhenti baca dah?

Sikit lagi je nak habis

So, teruskan membaca.

 

6. Manipulasi gambar

Manipulasi gambar ini memerlukan anda untuk mahir memanipulasi gambar.

Manipulasi gambar ini juga sebenarnya optional dan bukan semestinya kena ada. Orang kata sekadar penambah rasa kepada produk anda,

Terdapat banyak aplikasi hari ini yang membolehkan anda memanipulasi gambar dengan mudah.

Antaranya ialah:

  1. Photoshop
  2. Picsart
  3. Pixomatic
  4. Snapseed
  5. Dan banyak lagi

Manipulasi gambar ini juga memerlukan seseorang untuk mempunyai daya kreatif yang tinggi

Untuk menghasilkan gambar yang menarik dan mempunyai konteks yang sesuai untuk menjual.

Manipulasi gambar ini sebenarnya bertujuan untuk menangkap perhatian penonton sahaja dan menjadikan posting gambar anda lebih menarik.

Sebab itu manipulasi gambar inu hanyalah optional semata-mata.

Matlamatnya utama manipulasi gambar adalah untuk meninggalkan kesan kepada penonton dengan marketing yang bijak dan diingati.

Sebagai contoh:

 

 

 

 

Minute maid pulpy menggunakan manipuasi gambar pulpy oren yang digabungkan dengan percikan air oren

Untuk menyampaikan maksud minuman mereka menggunakan oren sebenar.

Jika foto manipulasi produk anda tidak meninggalkan kesan kepada pelanggan anda boleh menggunakan khidmat illustrator atau graphic designer professional untuk membantu anda.

Teruskan bacaan anda

 

 7. Gunakan orang dalam gambar

Pelanggan kita sebenarnya suka untuk melihat orang dalam iklan dan dalam gambar produk.

Menurut kajian oleh Toluna, lebih daripada separuh pelanggan engage dengan posting gambar yang menggunakan orang sebenar di dalamnya.

Seramai 62.3% pelanggan pula mengatakan dengan meletakkan orang di dalam gambar produk dapat meningkatkan kepercayaan mereka terhadap sesuatu produk.

Pemilihan orang untuk diletakkan dalam gambar produk anda juga perlulah mereka yang memberikan impak berpengaruh

Sebagai contoh:

  1. Model professional
  2. orang berpengaruh
  3. Testimoni produk anda

Benar mereka-mereka ini mempunyai pengaruh tersendiri kerana penerimaan masyarakat terhadap mereka.

Mereka-mereka ini juga mampu untuk mempengaruhi orang ramai untuk membeli produk anda.

Kenapa pula?

“marketing mulut ke mulut merupakan marketing yang paling berkesan”

Jika produk anda bagus tapi anda tidak mengambil kesempatan ini untuk meluaskan pengaruh produk anda

Maka penerimaan produk anda dalam market akan jadi lambat.

Gunakan individu yang berpengaruh sesuai dengan niche perniagaan anda untuk digandingkan dalam gambar produk anda.

Berikut merupakan contoh yang anda boleh contohi:

 

 

 Jangan pula anda menjual produk bayi dan menggunakan individu berpengaruh yang masih belum berkahwin.

Gambar produk akan hilang impaknya kerana ketidaksesuaian niche.

Pilih individu berpengaruh mengikut kesesuaian produk.

Gambar mereka menggunakan produk anda juga boleh menjadi push factor

untuk orang ramai mempercayai produk anda.

 

Dalam dunia e-dagang, gambar produk adalah medium yang penting dalam menarik perhatian bakal pelanggan anda secara visual.

Dalam dunia hari ini, kamera telefon pintar juga sudah dapat menghasilkan gambar yang berkualiti.

Anda hanya perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Semoga perkongsian tips fotografi produk ini dapat membantu anda untuk meningkatkan product trust

Seterusnya meningkatkan jualan produk anda.

 

Produk yang bagus jika tidak dimanfaatkan dengan product exposure yang betul akan menjadi produk yang sukar untuk dipasarkan.

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp
Share This