Pada tahun 2020, jenama yang akan kekal relevan adalah jenama yang dapat mengekalkan imej mereka di hati dan fikiran pasaran.

Dengan persaingan yang semakin sengit, pendekatan jenama untuk mencapai tahap ini perlu dibuat dengan memanipulasi semua aspek termasuk teknologi terbaru, kepelbagaian seni, kolaborasi dan keaslian jenama dalam hubungan dengan pasaran sedia ada.

Jika anda memilik jenama, luangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini sebagai panduan anda mengembangkan jenama di tahun 2020

 

1. Memanusiakan jenama

Di tahun 2020, pasaran akan lebih jatuh cinta kepada jenama yang Berjaya menjadi watak ‘manusia’ yang mereka suka

Pasaran akan datang terutamanya generasi lebih muda lebih suka berinteraksi dengan jenama sebagai watak manusia berbanding sebagai syarikat besar dan korporat

Anda boleh mulakan strategi ini dengan memperlihatkan jenama anda sebagai jenama yang sentiasa memahami perasaan dan keperluan pelanggan, bukan untuk mengaut keuntungan dari poket mereka.

 

 

 

2. Manipulasi chatbot

Teknologi akan sentiasa menjadi alat terbaik untuk jenama berkembang terutama chatbot. Akan tetapi berbalik kepada poin no (1), chatbot yang dapat melayan pelanggan seperti manusia akan lebih menjadi pilihan pasaran untuk berurusan.

Ingat, teknologi hanya dicipta untuk memudahkan urusan. Bukan untuk menghilangkan nilai kemanusiaan dalam jenama anda. Tidak ada pelanggan yang suka berurusan dengan robot.

3. Beri perhatian pada komuniti online

Ini adalah salah satu strategi yang telah pun banyak digunapakai jenama jenama terkenal.

Jika anda pemilik jenama, cuba bina komuniti yang membincangkan topik dalam industry jenama anda. Beri peluang kepada pengguna anda untuk berinteraksi sesama sendiri.

Komuniti ini berpotensi untuk menjadi tribe kepada jenama anda disamping menjadi hub untuk anda membuat RnD terhadap produk atau servis yang jenama anda tawarkan.

Sephora, jenama kosmetik yang terkenal menawarkan kepada pelanggannya untuk menyertai komuniti online iaitu Beauty Inside Community. Sehingga kini ia disertai oleh beribu ribu pelanggan Sephora yang gembira bertukar tukar pandangan, tips dan berita tentang tawaran diskaun terbaru dari Sephora. 

 

 

 

 

4. Kreatif dalam hubungan pelanggan

Di era media social ini, semua manusia dahagakan perhatian samada dalam diam atau secara terbuka.

Melaburkan perhatian anda mendengar dan melayan pelanggan secara personal akan meningkatkan reputasi jenama anda dengan bagus.

Bentuk hubungan yang personal dengan pelanggan dapat membina tribe pelanggan setia yang jarang berubah angin ke jenama pesaing.

 

5. Tanggungjawab social

Dalam kebanjiran jenama yang menonjolkan kekuatan dengan kekukuhan kewangan, status dan kebendaan, ia sebenarnya menghilangkan satu keperluan dalam diri manusia iaitu keperluan rohani

Pasaran akan datang sudah muak dengan hal hal ini dan mereka lebih percaya kepada jenama jenama yang memberi perhatian terhadap isu semasa, kepentingan sejagat dan memperjuangkan isu isu yang dekat dengan pasaran seperti alam sekitar, social dan kesihatan

Sebagai pemilik jenama, pilih satu perjuangan yang sesuai dengan jenama anda dan jadikan ianya sebahagian dari mesej jenama anda. Percayalah, ia akan membina satu niche baru dalam tribe pelanggan anda.

 

6. Perhatian ada di tapak tangan

Suka atau tidak, di zaman ini segala perhatian tertumpu pada telefon pintar.

Dalam perancangan strategi penjenamaan dan pemasaran, sentiasalah mengambil kira hal ini

Jika anda gagal mendapat perhatian pasaran di ruangan ini, anda hampir pasti gagal dalam battle of attention ini.

 

 

7. Influencer marketing

Influencer dan Key Opinion Leaders (KOL) adalah salah satu bentuk escapism masyarakat dan pasaran anda kerana mereka tidak lagi hanya mengarahkan perhatian mereka kepada selebriti, artis atau ahli politik.

Ini kerana influencer atau KOL mempunyai nilai yang datang dari kalangan rakyat biasa. Mereka mempunyai pengaruh nano yang tidak boleh dipandang rendah

Menggunakan strategi ini untuk mengembangkan jenama juga adalah sesuatu yang akan kekal berhasil di tahun 2020. Adalah penting untuk memilih influencer dan KOL yang sesuai dalam kempen penjenamaan dan pemasaran anda.

Seperti juga strategi lain, kesilapan memilih influencer atau KOL boleh membunuh jenama anda dengan teruk.

 

8. Kembali ke pasaran natif

Seperti juga di tahun 2019, pemasaran natif perlu dikekalkan untuk mendapat perhatian pasaran setempat yang khusus.

Adalah satu tindakan bijak untuk membuat beberapa pemasaran natif daripada membuat satu kempen pemasaran global yang akhirnya tidak mendapat pendedadahan yang cukup dan menyampaikan mesej yang tepat kepada sasaran yang tepat

 

9. Selarikan usaha pemasaran

Pemasaran di tahun 2020 perlulah dilakukan dengan menyeluruh. Ia perlu dirasai oleh pelanggan di peringkat pemasaran, pengiklanan, kembara pembelian sehinggalah kepada hubungan pelanggan selepas pembelian berlaku

Untuk seorang pemilik jenama melakukan ini, ia perlu dibuat Bersama sama pasukan pemasaran, pengiklanan dan hubungan pelanggan. Ia bukan lagi menjadi tanggungjawab pasukan pemasaran semata mata.

 

10. Pemasaran konten

Strategi pemasaran yang semakin matang ini akan kekal relevan di tahun 2020, habit pasaran yang semakin mempunyai intuisi ingin tahu yang tinggi akan membuat pemasaran konten kekal subur di tahun 2020.

Pemilihan konten untuk mewakili sesebuah jenama juga perlu sentiasa dikembangkan selari dengan pembawakan mesej jenama kepada sasaran pasaran.

 

DAH SEDIA UNTUK MENEMPUH TAHUN 2020?

Di Bigads, kami menawarkan sesi konsultansi khas untuk pemilik jenama dalam menempuh tahun 2020. Jika anda percaya yang jenama anda perlu mendapat pandangan third eye, hubungi kami untuk sesi ini. Kami ada tawaran khas untuk pembaca post ini.

 

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp